AES MALAYSIA

AES MALAYSIA

AES CAMERA MALAYSIA

JUMLAH AES DI MALAYSIA

Saya masih perlukan Misbun: Chong Wei

 
GADE (kanan) mengucapkan tahniah kepada Chong Wei selepas  menjuarai Kejohanan Final 
Siri Super Masters 
di Taiwan, semalam.SEPANG: Walaupun berjaya merangkul gelaran hatrik Super Siri Masters Final 2010, pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, tetap berharap jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek, kembali membimbingnya sebelum Kejohanan Terbuka Super Siri PROTON Malaysia bermula pada 18 hingga 23 Januari ini. 

"Saya tidak boleh buat apa-apa kerana Misbun letak jawatan pada saat-saat akhir sebelum saya bersiap sedia pergi ke Taiwan.

"Saya memang perlukan khidmat dia (Misbun) dan jelas mengganggu konsentrasi dan fokus saya semasa di Taiwan," katanya kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Taiwan, di sini hari ini.
Chong Wei berkata, ketika pertandingan itu berlangsung, beliau hanya menumpukan perhatian untuk mencapai kejayaan sambil berharap isu Misbun dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dapat diselesaikan secepat mungkin.

Katanya, walaupun Misbun telah meletak jawatan jurulatih perseorangan badminton negara berkuatkuasa 31 Disember lalu, "sifunya" tetap mengikuti perkembangan beliau semasa kejohanan di Taiwan itu. 

"Misbun ada menelefon saya di sana dengan membuat analisis perlawanan saya. Meskipun jauh, saya tetap gembira kerana dia tetap mengikuti perkembangan saya ketika itu," katanya. 
Ditanya mengenai hasratnya untuk keluar daripada naungan BAM, Chong Wei berkata beliau menunggu perkembangan terakhir isu peletakan jawatan Misbun sebelum membuat keputusan. 
"Saya mahu mengetahui keputusan penuh sebelum saya betul-betul membuat keputusan sama ada menarik diri atau terus di bawah persatuan itu," katanya. 

Mengenai persediaannya untuk kejohanan Terbuka Malaysia minggu depan, Chong Wei berkata beliau akan meneruskan cabaran dengan bimbingan seorang lagi jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock. 

"Latihan saya akan bermula esok dan saya akan membuat persiapan terbaik untuk Terbuka Malaysia minggu depan dan mahu memberikan fokus untuk bertemu jaguh China Lin Dan di separuh akhir nanti," katanya. 

Semalam, Chong Wei membuka tirai kejayaannya tahun ini dengan mempertahankan kejuaraan Kejohanan Badminton Super Siri Masters Final selepas menundukkan jaguh Denmark, Peter Gade dalam masa 40 minit. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan