AES MALAYSIA

AES MALAYSIA

AES CAMERA MALAYSIA

JUMLAH AES DI MALAYSIA

Penyanyi dicabul

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki menjadikan tempat parkir sebuah pusat beli-belah di Jalan Klang Lama, di sini, sebagai lokasi untuk cuba merogol seorang wanita ‘diculik’ ketika menunggu teksi di hadapan hotel di Sri Petaling, lima kilometer (km) dari situ.
Kejadian berlaku jam 11 malam Jumaat lalu, ketika mangsa berusia 29 tahun yang bekerja sebagai penyanyi di hotel berkenaan berseorangan menunggu teksi untuk pulang ke rumah.

“Mangsa dipaksa masuk ke dalam kereta sebelum dibawa tempat letak kereta, mereka mencabul mangsa dan cuba menanggalkan pakaiannya, namun diselamatkan seorang lelaki lalu di situ,” katanya.

Mohon BR1M 2.0 bulan depan

PUTRAJAYA: Pendaftaran mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 bagi pemohon baru dan orang bujang yang layak akan dibuka mulai 1 November ini, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau berkata, pendaftaran boleh dibuat dengan mengisi borang yang disediakan di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pejabat daerah serta pejabat pembangunan persekutuan, selain dalam talian.

Bagi penerima BR1M yang lalu, mereka tidak perlu lagi memohon kerana akan layak secara automatik menerima BR1M 2.0 yang dijangka diagih awal tahun depan, katanya pada sidang media, di sini, semalam. - Bernama

Najib terima kunjungan Dr Surapong

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima kunjungan hormat Menteri Luar Thai, Dr Surapong Tovichakchaikul di pejabatnya di bangunan Perdana Putra di sini.
Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Setiausaha tetap Kementerian Hal Ehwal Luar Thai Sihasak Phuangketkeow, Duta Besar Thailand ke Malaysia, Krit Kraichitti dan Menteri Kedutaan dan Kuasa Usaha Kedutaan Thai di Kuala Lumpur Songsak Saicheua.

Dr Surapong berada di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari.
Lawatan itu memberi peluang kepada kedua-dua pihak membincangkan usaha berterusan dan inisiatif baru bagi mengukuhkan lagi hubungan baik sedia terjalin serta kerjasama di antara kedua-dua negara berjiran itu. Kelmarin, Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, Malaysia dan Thailand sudahpun mempunyai beberapa mekanisme kerjasama dua hala peringkat tertinggi seperti Perundingan Tahunan Pemimpin, Suruhanjaya Bersama bagi Kerjasama Dua Hala, Jawatankuasa bagi Strategi Pembangunan Bersama bagi kawasan Sempadan, Jawatankuasa Am Sempadan dan Jawatankuasa Bersama Perdagangan.

Kedua-dua negara sedang meningkatkan usaha bagi memantapkan lagi kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pelaburan, keselamatan, pendidikan serta latihan vokasional, belia dan sukan, pelancongan, kesalinghubungan serta pembangunan sosio ekonomi di kawasan sempadan. - Bernama

A Aida perlu masa teliti syor cerai secara baik

KUALA LUMPUR: Penerbit dan dramatis, A Aida memerlukan masa meneliti cadangan penyelesaian secara baik yang dikemukakan suaminya Deputi Superintendan Suffian Sulaiman berhubung permohonan cerai yang difailkannya minggu lalu.
A Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 41, (plaintif) berkata, Suffian (defendan) menyerahkan cadangan itu kelmarin dan dia memerlukan masa untuk membuat penilaian dan menyediakan draf penyelesaian perceraian seperti yang ditawarkan defendan. Justeru, penerbit drama bersiri kontroversi, Halimah Jongang yang diwakili peguam syarie Zulkifli Che Yong itu memohon penangguhan kes berkenaan pada tarikh akan datang.

Terdahulu, permohonan itu didengar di hadapan Hakim Syarie Ahmad Basyir Yaakub di dalam kamarnya semalam dan menetapkan 18 Oktober ini untuk keputusan plaintif berhubung penyelesaian itu. Sementara itu ketika ditemui media di luar mahkamah, Aida menjelaskan sekiranya pada tarikh akan datang terdapat persetujuan dicapai antara kedua-dua pihak maka ia direkodkan pada tarikh itu dan boleh diteruskan dengan cerai secara baik. “Namun sebaliknya jika tiada persetujuan dicapai, saya memohon membatalkan permohonan kebenaran cerai secara baik mengikut Seksyen 47 dan memfailkan permohonan baru iaitu untuk membubarkan perkahwinan secara fasakh mengikut Seksyen 52,” katanya. Bagaimanapun pada prosiding semalam Suffian, 44, yang bertugas sebagai Ketua Unit Perhubungan Korporat, Jabatan Logistik, Bukit Aman tidak hadir ke mahkamah. Aida memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 pada 27 September lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Syariah di sini.

‘Saya tak bogel’

Nabila Huda Suhaimi
Nabila Huda Suhaimi
KUALA LUMPUR: “Saya bukan berbogel, tetapi jika ada pihak yang tersinggung cara pemakaian saya di Anugerah Blockbuster, Sabtu lalu, saya mohon maaf,” kata pelakon, Nabila Huda Suhaimi, 27, mengulas isu pemakaiannya yang didakwa menyinggung perasaan segelintir masyarakat di negara ini.
Nabila dihubungi petang semalam menambah, dia tidak pernah menyangka gaun hitam rekaan Alia Bastaman, mendedahkan sebahagian bahu dan perutnya yang digayakan sewaktu menghadiri Anugerah Blockbucter anjuran Penerbit Filem Malaysia (PFM) dan disiarkan di Astro Ria malam minggu lalu, menjadi berita hangat.
“Saya dipilih sebagai seorang penyampai trofi pada acara berkenaan dan untuk itu saya mendapatkan tajaan pakaian di saat akhir daripada Alia Bastaman. Tema malam itu adalah ‘letusan warna blok’, tetapi saya akhirnya memilih memakai gaun itu kerana ada beberapa koleksi pakaian Alia yang saya tidak sesuai dari segi saiz.

“Saya sedar ia sedikit terbuka pada bahagian bahu, perut dan terbelah di kaki namun, kerana saya menghormati penonton ketika ditugaskan menjadi penyampai saya menutup bahagian perut dengan ‘tube’ hitam

4 jam dalam neraka 10 setan

SUBANG JAYA: Empat jam menjadi tempoh amat lama dan penuh sengsara bagi seorang wanita apabila dia dirogol bergilir-gilir 10 lelaki warga Myanmar selepas ‘diculik’ ketika menunggu bas untuk ke tempat kerja di Puchong Perdana, di sini.
Dalam kejadian jam 3 petang Sabtu lalu, mangsa wanita tempatan berusia 28 tahun yang menunggu bas bersendirian dihampiri dua lelaki Myanmar yang menaiki sebuah Proton Wira.
Sumber polis berkata, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan parang ke arah mangsa sebelum memaksanya masuk dan duduk di kerusi belakang kereta dinaiki mereka.

“Mangsa yang ketakutan dan tidak mampu melawan dibawa ke sebuah rumah flat di kawasan berhampiran dan di situ ada lapan lagi lelaki warga Myanmar menunggu.

“Dua daripada suspek mengikat kaki serta tangan mangsa sebelum seorang demi seorang merogolnya tanpa belas kasihan biarpun mangsa merayu dikasihani,” katanya.

Safee Sali dakwa fitnah

KUALA LUMPUR: “Saya tidak mengenali siapa Julia Hana dan tidak pernah mengenalinya,” kata pemain bola sepak negara, Mohd Safee Mohd Sali, 28, atau Safee Sali, mengulas dakwaan yang tersebar di laman sosial dan blog mengenai hubungan cintanya dengan pelakon, Julia Hana.
Kedua-dua selebriti berkenaan dikatakan menjalinkan hubungan cinta secara diam dan kelibat mereka disaksikan apabila didakwa bercuti bersama di sebuah pusat peranginan di Kedah, baru-baru ini.

Safee ketika dihubungi semalam berkata, dia kecewa dengan tuduhan dilemparkan dan menyifatkannya sebagai fitnah dan tidak berasas sama sekali.
Katanya, menyedari dakwaan itu mula tersebar di laman sosial dan blog, ia dianggap sebagai tindakan tidak bertanggungjawab individu tertentu yang tidak diketahui tujuan berbuat fitnah berkenaan.

“Saya tidak kenal siapa Julia Hana, tidak bercinta dan tidak pernah bercuti bersamanya. Jangan menuduh atau memanjangkan perkara itu,” katanya.

Tegas Safee, berikutan sibuk menjalani latihan bola sepak, dia tidak mempunyai masa terluang bercuti dan terkejut apabila didakwa bercuti bersama pelakon berkenaan.
“Saya tidak mahu mengulas kerana perkara itu tidak benar,” katanya

‘Memang saya’

Izara Aishah Hisham
Izara Aishah Hisham
KUALA LUMPUR: “Memang benar itu video seksi saya, tetapi ia dirakamkan tiga tahun yang lalu,” kata pelakon Izara Aishah Hisham, 20, mengenai penyebaran klip video dan gambar seksi dikaitkan dengannya dengan aksi ‘Cell Tango Girl’ yang kini tersebar di laman Youtube.
Menurutnya, aksi itu dirakamkan sekitar 2009 ketika dia mengikuti pengajian di Kolej Univerisiti Sunway, Bandar Sunway, Selangor dan dia tidak mahu hipokrit menafikan perkara terbabit sebaliknya lebih suka berterus-terang mengenai apa sebenarnya berlaku.

“Sekarang saya sudah matang dan dapat membezakan mana yang baik atau sebaliknya,” kata pemegang Diploma Seni Persembahan itu ketika dihubungi Harian Metro, semalam. Menurutnya, klip video yang tersebar di Internet itu adalah rakaman ketika dia membuat projek akhir semester dan dia memegang watak utama sebagai pengemis. Izara berkata, kehendak tugasan ketika itu memerlukan dia berpakaian seksi dan beraksi sedikit ghairah.
Menurutnya, dia tidak menyangka video terbabit dimuat naik di Youtube selepas dikongsi rakannya di Facebook menyebabkan beberapa peminat menyatakan kekecewaan mereka selepas menyaksikan video tarian berkenaan.

Remaja diculik tiga lelaki guna van putih

TRAUMA...mangsa menceritakan detik cemas kepada wartawan Harian Metro.
TRAUMA...mangsa menceritakan detik cemas kepada wartawan Harian Metro.
KUALA LUMPUR: Tindakan seorang remaja perempuan berpura-pura pengsan selepas dipukul tiga lelaki yang menculiknya dalam sebuah van menyelamatkannya daripada menjadi mangsa rogol, bunuh dan bakar dalam kejadian di Bandar Sri Permaisuri, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa yang berusia 17 tahun berjalan keseorangan ke sebuah sekolah di kawasan berhampiran untuk menjemput sepupunya berusia lapan tahun pulang apabila tiba-tiba van putih berhenti dan terus menariknya masuk ke dalam kenderaan itu.
Bagaimanapun, selepas 500 meter perjalanan, mangsa berpura-pura pengsan sejurus dipukul sebelum berjaya melarikan diri ketika tiga lelaki terbabit keluar untuk menculik seorang lagi gadis berhampiran jambatan laluan komuter di Salak Selatan.

Menceritakan kejadian itu, mangsa yang ingin dikenali sebagai Iqa berkata, setiap hari dia menghantar sepupunya itu ke sekolah.