AES MALAYSIA

AES MALAYSIA

AES CAMERA MALAYSIA

JUMLAH AES DI MALAYSIA

Kecoh mahu terjun

CEMAS...kombinasi gambar menunjukkan saat-saat genting pelajar cuba terjun, semalam.
CEMAS...kombinasi gambar menunjukkan saat-saat genting pelajar cuba terjun, semalam.
TEMERLOH: Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abu Bakar, dekat sini, yang dipercayai diserang histeria bertindak luar dugaan apabila berdiri di koridor bangunan sekolah itu sebelum cuba untuk terjun, semalam.
Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu mengakibatkan hampir 1,000 pelajar sekolah itu terpaksa berhenti memberi tumpuan dalam kelas selepas melihat aksi menakutkan pelajar terbabit yang turut berlari atas koridor sambil mendepakan tangan seperti mahu terjun. 
Lebih mencemaskan, pelajar terbabit yang dikatakan tiba-tiba menjerit kelihatan seperti hilang akal turut mencabut sekeping cermin tingkap kelas sebelum membaling ke bawah hingga menyebabkan tangannya cedera.

Rakan sekelas mangsa yang enggan dikenali, berkata dia yang melihat kejadian itu tergamam apabila rakannya itu menjilat darah yang mengalir di tangannya akibat tercedera ketika membaling cermin berkenaan.
“Tidak cukup dengan itu, dia turut bertindak agresif dengan membuka tudung lalu melemparkan ke bawah sambil kedua-dua kaki memijak lantai koridor seperti mahu terjun.
“Kejadian terlalu pantas menyebabkan sesi pembelajaran terganggu, malah saya sendiri tidak menyangka dia akan bertindak sedemikian,” katanya yang masih terkejut dan trauma dengan kejadian itu, semalam.

Menurutnya, dia terpaksa menjauhkan diri kerana bimbang turut diserang histeria selain berdoa semoga terselamat daripada serangan histeria itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Md Nor Mansor, berkata sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Temerloh, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan polis bergegas ke tempat kejadian dalam usaha menyelamatkan pelajar terbabit.
Menurutnya, pengurusan SMK Abu Bakar turut bertindak meletak beberapa keping tilam bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Katanya, pada masa sama, beberapa ahli keluarga mangsa yang tiba di tempat kejadian selepas menerima panggilan cuba memujuk mangsa, namun gagal sebelum pelajar terbabit diselamatkan pasukan penyelamat.
Beliau berkata, pelajar terbabit kemudian dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hohah) untuk menerima rawatan.
Pegawai Pelajaran Daerah, Mohd Nadzri Ab Wahab, berkata pada masa sama, beberapa pelajar lain turut terkena histeria, tetapi keadaan terkawal dan pihaknya mengucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat kerana pantas mengambil tindakan.

Rumah usang tempat si yatim

UZUR... Rumah anak-Anak Yatim Hawa Kinta perlu bantuan.
UZUR... Rumah anak-Anak Yatim Hawa Kinta perlu bantuan.
IPOH: “Saya dan adik gembira di sini sejak 11 tahun lalu biarpun kemudahannya daif dan  asrama tempat tinggal kurang selesa. Malah, hubungan semua penghuni di sini sangat rapat dan saya anggap kami seperti sebuah keluarga besar.“Jika ada yang mengalami kesusahan, semua penghuni lain membantu sedaya upaya. Semua aktiviti seperti memasak dan membasuh pakaian juga dilakukan secara gotong-royong,” kata Nor Suhaila Mohd Sharif, 17, seorang daripada 23 penghuni
 Rumah Anak-Anak Yatim Hawa Kinta, dekat sini.

Tinjauan Metro Ahad mendapati, sebuah rumah papan lama yang usang dijadikan
 tempat tinggal penghuni yang berusia tujuh hingga 19 tahun dan lebih menyedihkan, kontena yang diubahsuai dijadikan pejabat, pusat sumber serta surau di rumah anak yatim terletak dalam kawasan seluas kira-kira 0.2 hektar.Namun segala kekurangan itu tampak tidak menjejaskan moral penghuni yang kelihatan 
ceria kerana bagi mereka, memiliki penjaga yang sudi memelihara mereka dengan ikhlas 
seperti anak sendiri tanpa mengharapkan balasan serta rakan yang dianggap adik beradik, 
lebih daripada memadai.

Nor Suhaila, pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Main Convent, di sini, 

berkata perasaan sedih tetap dirasai setiap kali dia dan adiknya berusia 15 tahun 
mengenangkan 
nasib diri dan keluarga kandung, terutama ibu yang hidup susah sejak kematian bapa mereka.

“Saya tahu ibu mengambil keputusan paling sukar dalam hidupnya ketika menghantar saya 

dan adik ke rumah ini ketika kami berusia enam dan empat tahun kerana kedaifan hidup.
“Justeru, kami bersyukur dan anggap diri bernasib baik dapat tinggal di sini kerana ada rakan 
senasib lain yang terpaksa menjalani kehidupan penuh ranjau disebabkan tiada tempat tinggal dan menumpang kasih,” katanya.

Beliau berkata, dia berhasrat mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal dihadapi tahun ini dan melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi demi membela nasib diri dan adik.

Apapun, surat diterima daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) kira-kira tiga bulan lalu membawa khabar gembira buat 23 penghuni rumah berkenaan apabila PKNP berhasrat menyediakan tanah untuk pembinaan asrama baru.
Pengetua Rumah Anak-Anak Yatim Hawa Kinta, Abdul Wahadi Abdul Wahab berkata, hasrat PKNP menyediakan tanah untuk pembinaan asrama baru itu memberi sinar kebahagiaan baru buat
 penghuni rumah terbabit.

“Kami menyambut baik hasrat PKNP biarpun tiada hitam putih mengenai perkara itu kerana segala-galanya masih di peringkat awal perbincangan.
“Harapan kami bahawa segala-galanya berjalan

 lancar dan setelah ada hitam putih baru kami akan melaksanakan tabung dana untuk membiayai 
kos pembinaan asrama itu yang terletak bersebelahan asrama sedia ada,” katanya kepada Metro Ahad ketika dihubungi di sini, semalam.
Abdul Wahadi berkata, kos pembiayaan rumah anak yatim itu bergantung kepada pemberian derma individu mahupun badan korporat lain yang sudi menghulurkan bantuan kewangan, termasuk agensi lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk meringankan beban.

Beliau berkata, jika dipersetujui semua pihak terbabit, beliau berharap pembinaan asrama 
baru dimulakan tahun ini juga untuk memberi keselesaan kepada penghuninya dan tidak perlu menjalankan aktiviti di dalam kontena yang jelas tidak selesa.

Sudah letih mengadu

GOMBAK: Bukan hanya berdepan masalah bunyi bising dan persekitaran berdebu setiap hari, penduduk di Taman Sri Gombak Fasa 8, Batu Caves, di sini juga hanya mampu memandang sepi ratusan lori yang penuh muatan sampah binaan menggunakan laluan di taman itu untuk ke tapak pelupusan sampah berhampiran.
Penduduk mendakwa tapak pelupusan haram yang beroperasi hampir 10 tahun lalu itu pernah beberapa kali diserbu Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan menghentikan operasinya beberapa hari, namun kembali beroperasi selepas itu.

Dakwa penduduk, mereka sudah letih membuat aduan kepada MPS kerana tiada perubahan berlaku dan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dikatakan tidak serius menangani masalah dikemukakan.
Tinjauan Metroplus selama satu jam di kawasan itu mendapati puluhan lori yang dipandu laju menggunakan laluan taman itu untuk ke tapak pelupusan berkenaan. Malah, sekatan jalan yang dibuat pihak berkuasa berhampiran pintu masuk tapak itu juga seolah-olah tidak ditakuti pemandu biarpun beberapa kenderaan disaman kerana melanggar undang-undang.

Tinjauan juga mendapati pintu masuk ke tapak pelupusan itu tidak sampai 100 meter dari rumah penduduk juga dijaga rapi pekerja bagi memastikan ia tidak dimasuki pihak luar. Beberapa rumah kongsi didirikan dan didakwa penduduk ia dijadikan rumah penginapan untuk pekerja warga asing yang bekerja di tapak pelupusan itu.

Penduduk, V Vijay, 39, berkata, biarpun pemilik mengatakan sampah yang dibuang terdiri daripada sampah binaan, namun tapak pelupusan itu tetap mengundang kehadiran lalat di kawasan perumahan itu.
“Jika ia hanya sampah binaan mengapa kami menghidu bau busuk khususnya selepas hujan dan terpaksa berdepan kehadiran lalat? “Laluan masuk ke tapak ini berdepan dengan kediaman saya, ia sangat mengganggu kerana bunyi bising lori yang keluar masuk bermula seawal jam 7.45 pagi hingga 7 malam setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti umum,” katanya.

Menurutnya, sikap pemandu lori sampah yang yang sering memandu laju di kawasan perumahan itu mengundang rasa bimbang di kalangan ibu bapa terhadap keselamatan anak-anak mereka apatah lagi ada dua sekolah tadika dan sebuah sekolah agama tidak sampai 500 meter dari tapak berkenaan.
Sementara itu, Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat Gombak Setia Fasa 3, Kong Tuck Wah berkata, pihaknya turut membuat aduan kepada MPS membabitkan isu sama berikutan rungutan penduduk mereka menghidu udara tercemar sehingga ada yang menghadapi masalah pernafasan.

“Namun, tiada tindakan diambil kerana MPS mendakwa mereka tidak mempunyai kuasa,” katanya.

Serik terpaksa berlapar

JOHOR BAHRU: Tiada hadiah yang lebih bermakna bagi empat keluarga berketurunan Cina di Skudai, di sini, sempena Tahun Baru Cina apabila anak lelaki masing-masing berusia 13 tahun yang sepakat menghilangkan diri untuk mencari kerja empat hari lalu, pulang ke rumah awal pagi semalam.
Kepulangan kumpulan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damai Jaya, Skudai itu mampu mengatasi kebimbangan dialami empat keluarga berkenaan yang bukan saja menjalankan pelbagai usaha bagi mengesan mereka di sekitar bandar raya, malah turut melaporkan perkara itu di Balai Polis Nusajaya di sini, Khamis lalu.

Seorang ibu pelajar, Ngau Ee Hong, 44, berkata tindakan terburu-buru anak bongsunya, Goh Kang Boon, 14, mencari kerja di usia muda gara-gara terpengaruh dengan rakan menjadi pengajaran apabila mendakwa terpaksa berkurung di sebuah rumah hampir dua hari.
Malah, katanya, lapan remaja lain termasuk empat rakan sekolah, juga mengalami nasib sama hingga hanya memakan makanan ringan sepanjang hari untuk mengalas perut.

Menurutnya, kumpulan remaja itu khuatir kehadiran mereka dikesan orang ramai mahupun pihak berkuasa selepas keluarganya menghantar pesanan ringkas (SMS) menyatakan mereka dicari polis.

“Kami berterima kasih kepada polis yang menjejaki anak saya dan kumpulan remaja itu di sebuah rumah di Taman Bukit Indah, di sini, sebelum menghubungi kami awal pagi semalam.
“Saya seperti bermimpi indah apabila suami membawa pulang anak ke rumah dan Kang menyesali perbuatannya serta berjanji tidak akan mengulanginya.

“Kang juga gembira melihat baju baru yang dibelikan kami sempena Tahun Baru Cina,” katanya.
Semalam, akhbar ini melaporkan kebimbangan empat keluarga berkenaan mengenai tindakan anak masing-masing menghilangkan diri pada Khamis lalu bertujuan mencari kerja berikutan tidak berminat ke sekolah.

Sebelum ini, Kang yang gemar melayari Internet dan kerap menghantar SMS kepada rakan sekolahnya pernah memberitahu keluarga mengenai keinginannya berhenti sekolah selepas sesi persekolahan baru bermula dua minggu lalu.

Keluarga Kang mengesyaki ada pihak tidak bertanggungjawab meracuni pemikiran anak dan rakannya supaya lari dari rumah.

APA NAK JADI....

 Macam-macam hal berlaku.Dengan kes rompak.rogol,bunuh,skodeng,rasuah,ugut ,buang bayi,dan yang sekutu dengan nye..Apa nak jadi,apa nak jadi...makin menjadi perbuatan yang tidak bermoral.Kita dah tidak boleh memandang perkara ini perkara baru...dah semakin parah.Jika tindakkan tegas dan pemantauan tidak di lakukan dengan segera.,macam-macam boleh bikin panasssssssssss..

 Didikan agama dah semakin merundum.kita sibuk dengan dunia internet,hiburan,koje,melepak dan banyak perkara yang kita habiskan pada perkara2 ini.Tumpuan kita hanya untuk mencari keserookkan diri sendiri.Entah la....Hukuman tak cukup berat kot?korang rase cam na?

Perkosa anak tiri

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu restoran warga Pakistan yang tergamak merogol anak tiri akhirnya menerima pembalasan apabila dihukum penjara 17 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, semalam atas tiga tuduhan melakukan kesalahan itu, lima tahun lalu.
Hakim Fathiyah Idris membuat keputusan itu terhadap tertuduh yang berusia 28 tahun itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Pertuduhan pertama, tertuduh yang berkahwin dengan ibu mangsa iaitu seorang wanita tempatan dihukum penjara 15 tahun dan empat sebatan bagi kesalahan merogol anak tirinya yang ketika itu berusia 15 tahun pada 31 Ogos 2006.
Bagi pertuduhan kedua, dia dihukum penjara 16 tahun dan empat sebatan terhadap kesalahan sama yang dilakukannya pada 17 September 2006.

Bagi pertuduhan ketiga pula, lelaki itu dihukum penjara 17 tahun dan empat sebatan bagi kesalahan yang yang dilakukan pada 21 September 2006.

Ketiga-tiga kesalahan itu dilakukan di ruang tamu sebuah rumah di Jalan Thamby Abdullah dan didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun serta sebat jika sabit kesalahan. Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu secara serentak dari tarikh direman pada 11 September 2009.
Dalam keputusannya, Fathiyah berkata, keterangan saksi pembelaan dalam kes itu tidak mencukupi untuk menentang pendakwaan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon kepada mahkamah supaya menjatuhkan hukuman ringan ke atasnya dengan alasan dia perlu menjaga ibu dan adiknya yang berada di Pakistan.


Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Noor Aishah KM Abu Bakar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana perbuatan tertuduh adalah serius dan membabitkan anak tirinya.

“Perbuatan tertuduh sangat keji terhadap anak tirinya sehingga mangsa menjadi trauma,” katanya.




'Cair' dek kasanova

KUALA LUMPUR: Berbekalkan wajah tampan dan kepetahan berkata-kata, seorang lelaki yang mempunyai dua isteri dan lima anak licik memperdaya lapan wanita untuk melabur dalam syarikatnya dengan menjanjikan keuntungan berlipat ganda dalam tempoh singkat.
Selepas mengikis wang wanita yang dipikatnya, kasanova berusia 45 tahun terbabit menghilangkan diri menyebabkan mangsa kerugian besar apabila tidak mendapat pulangan lumayan yang dijanjikan.
Bagaimanapun, kelicikannya berakhir apabila ditahan di rumahnya di Kampung Melayu Subang, dekat sini, pada 7 Januari lalu, berikutan laporan polis mangsa terbarunya, seorang doktor wanita yang menyerahkan kepadanya wang pelaburan RM300,000.

Menurut sumber, dalam serbuan ke rumah kasanova kira-kira jam 10 malam itu, polis turut menyita tiga kereta termasuk sebuah kereta mewah, tetapi tidak menemui wang tunai di rumah atau dalam akaun banknya.
Katanya, doktor wanita berusia 27 tahun, mangsa terbaru lelaki terbabit dipercayai ditipu selepas berkenalan November tahun lalu sebelum jatuh cinta.

“Doktor itu bertugas di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak dua tahun lalu dan mereka dipercayai berkenalan ketika kasanova terbabit mendapatkan rawatan di hospital berkenaan selama dua minggu.

“Dalam perkenalan singkat itu, kasanova terbabit menawarkan skim pelaburan menarik kepada doktor berkenaan dengan jaminan pulangan wang tunai berlipat kali ganda. Atas dasar cinta dan percaya, mangsa menyerahkan RM300,000 kepada lelaki itu,” katanya.
Sumber itu berkata, tembelang kasanova terbabit terbongkar selepas dia gagal membayar wang pelaburan yang dijanjikan menyebabkan mangsa mengesyaki dirinya ditipu sebelum membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi.

Menurutnya, bertindak atas laporan itu, polis menahan kasanova terbabit di rumahnya di Kampung Melayu Subang dan siasatan lanjut mendapati dia disyaki turut terbabit tujuh lagi kes penipuan serta dikehendaki polis Kuala Lumpur dan Selangor.
“Lelaki itu mempunyai dua isteri dan lima anak. Bagaimanapun, dia kini tinggal bersendirian sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

Sumber berkata, kasanova itu dipercayai memperdaya ramai wanita lain sebelum ini, tetapi mangsa tidak membuat laporan hingga menyukarkan polis membuat siasatan lanjut.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKKL), Asisten Superintendan, Suffian Sulaiman mengesahkan penahanan kasanova terbabit hasil kerjasama polis Kuala Lumpur dengan polis Selangor.

“Suspek direman enam hari hingga bermula 8 Januari lalu bagi membantu siasatan. Dia dikehendaki polis kerana dipercayai terbabit beberapa kes jenayah komersial di Kuala Lumpur dan Selangor.
“Ini termasuk memperdaya seorang doktor wanita yang bertugas di HKL membabitkan kerugian RM300, 000,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Saya masih perlukan Misbun: Chong Wei

 
GADE (kanan) mengucapkan tahniah kepada Chong Wei selepas  menjuarai Kejohanan Final 
Siri Super Masters 
di Taiwan, semalam.SEPANG: Walaupun berjaya merangkul gelaran hatrik Super Siri Masters Final 2010, pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, tetap berharap jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek, kembali membimbingnya sebelum Kejohanan Terbuka Super Siri PROTON Malaysia bermula pada 18 hingga 23 Januari ini. 

"Saya tidak boleh buat apa-apa kerana Misbun letak jawatan pada saat-saat akhir sebelum saya bersiap sedia pergi ke Taiwan.

"Saya memang perlukan khidmat dia (Misbun) dan jelas mengganggu konsentrasi dan fokus saya semasa di Taiwan," katanya kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Taiwan, di sini hari ini.
Chong Wei berkata, ketika pertandingan itu berlangsung, beliau hanya menumpukan perhatian untuk mencapai kejayaan sambil berharap isu Misbun dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dapat diselesaikan secepat mungkin.

Katanya, walaupun Misbun telah meletak jawatan jurulatih perseorangan badminton negara berkuatkuasa 31 Disember lalu, "sifunya" tetap mengikuti perkembangan beliau semasa kejohanan di Taiwan itu. 

"Misbun ada menelefon saya di sana dengan membuat analisis perlawanan saya. Meskipun jauh, saya tetap gembira kerana dia tetap mengikuti perkembangan saya ketika itu," katanya. 
Ditanya mengenai hasratnya untuk keluar daripada naungan BAM, Chong Wei berkata beliau menunggu perkembangan terakhir isu peletakan jawatan Misbun sebelum membuat keputusan. 
"Saya mahu mengetahui keputusan penuh sebelum saya betul-betul membuat keputusan sama ada menarik diri atau terus di bawah persatuan itu," katanya. 

Mengenai persediaannya untuk kejohanan Terbuka Malaysia minggu depan, Chong Wei berkata beliau akan meneruskan cabaran dengan bimbingan seorang lagi jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock. 

"Latihan saya akan bermula esok dan saya akan membuat persiapan terbaik untuk Terbuka Malaysia minggu depan dan mahu memberikan fokus untuk bertemu jaguh China Lin Dan di separuh akhir nanti," katanya. 

Semalam, Chong Wei membuka tirai kejayaannya tahun ini dengan mempertahankan kejuaraan Kejohanan Badminton Super Siri Masters Final selepas menundukkan jaguh Denmark, Peter Gade dalam masa 40 minit. 

‘Bar raba’ tumpuan warga tua tak serik diserbu

SEREMBAN 10 Jan. - Ini bukan kali pertama sebuah bar di Jalan Utam Singh di sini diserbu pihak berkuasa, malah sebelum ini sudah tiga kali tindakan diambil ke atas pengusahanya.
Namun, bar yang mendapat jolokan ‘bar raba’ di kalangan pengunjung itu semakin padat bermula pukul 8.30 malam dengan kehadiran pelanggan tua yang rata-ratanya berusia antara 45 hingga 74 tahun dan lebih layak digelar ‘warga senja’.

Lebih mengaibkan, gadis pelayan pelanggannya (GRO) pula ada yang telah mencecah usia 48 tahun dan kebanyakannya berasal dari China.
Mereka semua datang ke bar itu untuk berseronok, sambil melakukan adegan ‘ringan-ringan’ dengan GRO selain meneguk minuman keras.

Lelaki dicekup rakam aksi wanita di tandas

KUCHING 10 Jan. – Kegiatan seorang lelaki merakam video wanita membuang air kecil di dalam tandas awam di sini, terbongkar apabila seorang mangsa warga Australia menyedari perbuatan itu lalu melaporkannya kepada polis.
Berikutan itu, suspek berusia 20-an ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana menceroboh hak peribadi.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang ketika mangsa, pelancong warga Australia melawat Muzium Kuching bersama teman lelakinya.
Difahamkan, mangsa berusia 20-an sebelum itu bertanyakan suspek yang dipercayai bekerja di situ untuk ke tandas.

Namun sebaik sahaja selesai menggunakan tandas, wanita itu terkejut apabila ternampak kelipan cahaya mencurigakan daripada sebuah kotak sabun.
Jurucakap polis berkata, hasil pemeriksaan mangsa menemui sebuah telefon bimbit di dalamnya.
“Mangsa terus memaklumkan kepada teman lelakinya yang kemudian membawa telefon itu ke pondok polis berdekatan untuk tujuan laporan.
“Suspek bagaimanapun nekad mengikuti mangsa dan meminta pegawai polis memulangkan telefon bimbit itu kepadanya.

“Rayuan suspek tidak diendahkan dan sebaliknya dia ditahan untuk disoal-siasat,” katanya di sini hari ini.
Kata jurucakap itu, hasil pemeriksaan, polis menemui kira-kira sembilan lagi klip video wanita membuang air kecil di dalam telefon bimbit suspek.

Perokok dijangka pupus di Britain 50 tahun lagi

LONDON: Amalan merokok mungkin lenyap di Britain dalam tempoh 50 tahun akan datang, kata sebuah bank pelaburan utama, semalam.
Penganalisis Citigroup, Adam Spielman, berkata penyelidikan mendapati hampir tiada perokok di negara itu dalam tempoh 30 hingga 50 tahun lagi.

Katanya, statistik menunjukkan kadar perokok dewasa di Britain menurun dari 53 peratus pada 1960 kepada 21 peratus pada 2008.
“Jika trend ini berterusan, menjelang 2050 pasaran tembakau akan mati,” katanya.

Menurut laporan itu, ada kemungkinan tiada perokok di Britain atau di mana-mana negara membangun dalam tempoh sama.

Pendedahan itu dikatakan turut mendorong nilai pasaran saham syarikat rokok di Britain merudum. Saham syarikat British American Tobacco, misalnya, merosot 54.5 peratus, manakala Imperial Tobacco 37 peratus.
Sejak sekian lama, orang ramai menganggap saham syarikat rokok sebagai tempat selamat untuk melabur kerana menjamin pulangan keuntungan yang tinggi.

Namun, laporan didedahkan Citigroup semalam itu mungkin menyebabkan kebimbangan meluas di kalangan pelabur.
Laporan itu menunjukkan permintaan terhadap rokok mula menurun ketika harga pasaran untuk produk itu meningkat.

Amalan merokok merosot secara konsisten sejak 1960-an apabila kesedaran orang ramai terhadap kesan negatif daripadanya meningkat. - Agensi

Pelancong Palestin kerugian RM5,000 selepas bawa gadis ke bilik

KUALA LUMPUR: Senyuman nakal dan tubuh menggoda dijadikan modal seorang wanita untuk memperdaya pelancong asing supaya membawanya pulang ke bilik hotel didiami bagi melakukan seks sebelum dirompak.
Gadis berusia 20-an terbabit yang berpeleseran di pusat hiburan dan kononnya sanggup ditiduri secara percuma dikesan bijak menggunakan kesempatan atas sikap tidak berwaspada mangsa untuk melakukan jenayah berkenaan. Difahamkan, mangsa biasanya akan diberikan layanan istimewa suspek sehingga keletihan dan tidur mati bagi membolehkan gadis itu melarikan barang mangsa tanpa disedari. Sumber polis berkata, dalam kejadian terbaru kelmarin, seorang pelancong dari Palestin, 30-an, menjadi mangsa apabila digoda suspek yang baru dikenalinya di sebuah pusat hiburan di ibu kota. Berdasarkan laporan, mangsa membawa pulang gadis terbabit ke hotel didiami di Jalan Raja Laut di sini, kira-kira jam 1 pagi. “Mangsa dan suspek dikatakan melakukan seks menyebabkan dia keletihan dan tertidur. Apabila tersedar, mangsa terkejut mendapati gadis terbabit hilang,” katanya. Menurutnya, mangsa kemudian memeriksa beg pakaiannya dan mendapati wang, telefon bimbit, kamera dan pasport antarabangsa miliknya lesap. Mangsa yang kerugian kira-kira RM5,000 kemudian segera ke Balai Polis Dang Wangi.

Buang ibu demi kekasih asing

TERGURIS...Ani menunjukkan SMS yang dihantar anaknya.
TERGURIS...Ani menunjukkan SMS yang dihantar anaknya.
KUALA LUMPUR: “Selama membesarkan dia, saya tak pernah terfikir yang dia tergamak membuang ibu sendiri,” rintih seorang ibu yang kini hidup merempat sejak enam bulan lalu selepas ‘dibuang’ anak perempuan tunggalnya akibat penangan cinta lelaki Iran.
Ibu itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ani, 47, kini menumpang berteduh di rumah rakan dan berpindah-randah dari satu kediaman ke kediaman lain di Seremban, Negeri Sembilan serta Selayang di sini, dengan hanya membawa lima helai pakaian. 
“Saya tidak menumpang lama di rumah orang dan berpindah-randah dari rumah rakan ke rumah rakan lain selepas tinggal dua atau tiga hari. Saya tidak ada sesiapa dalam hidup ini. Selepas suami meninggal dunia pada 2008, hanya anak perempuan tunggal itu yang menjadi tempat saya bergantung.

“Namun, perkenalannya dengan seorang lelaki Iran menerusi Internet mengubah hidup saya. Saya dihambat lelaki itu keluar dari rumah manakala anak pula langsung tidak peduli, malah ‘menghiris’ hati saya apabila sanggup meminta saya pergi jauh daripada hidupnya,” katanya yang ditemui, semalam.

Menurutnya, sebelum ini keluarganya hidup bahagia, malah perkahwinan anak perempuannya dengan seorang lelaki tempatan menghadiahkannya seorang cucu lelaki.

“Saya tidak bekerja, tetapi mujur arwah suami meninggalkan sedikit wang dan sebuah kereta kepada saya.

“Begitu juga dengan anak perempuan saya, dia berkahwin dan mempunyai kerja yang baik dengan gaji antara RM7,000 hingga RM8,000 sebulan. Dia juga membeli sebuah apartmen di Subang Jaya dan meminta saya tinggal di situ selepas kematian suami saya,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, hidupnya musnah selepas anaknya jatuh cinta dengan seorang pelajar sebuah kolej swasta warga Iran berusia 25 tahun kira-kira dua tahun lalu.

“Demi pelajar kolej swasta itu, anak saya sanggup meninggalkan suami, berhenti kerja dan duduk serumah dengan lelaki itu.

“Dia berubah, nasihat saya dibalas dengan kata-kata kesat, malah kunci apartmen miliknya yang menjadi tempat tinggal saya ditukar apabila saya keluar ke rumah rakan selepas dimintanya atas alasan kawan kekasihnya yang datang dari Iran mahu menumpang sementara waktu,” katanya.

Ani berkata, ketika cuba bertanyakan mengapa kunci ditukar, lelaki Iran terbabit menghalaunya keluar dari apartmen itu di depan anaknya dengan alasan dia cuba mengganggu kehidupan mereka.

“Saya tidak ada sesiapa di dunia ini kecuali anak saya. Dia nyawa dan jiwa saya, tetapi semuanya musnah sekelip mata disebabkan orang asing.

“Kereta milik saya juga dilelong bulan lalu kerana bayaran ansuran tertunggak dan sejak Jun lalu, saya menumpang ihsan rakan, tetapi berapa lama boleh berteduh di rumah orang menyebabkan saya sering berpindah-randah selepas beberapa hari.

“Mungkin satu hari nanti, saya terpaksa tinggal di bawah jambatan kerana tidak memiliki apa pun, sudahlah tiada harta, anak kesayangan pula membuang saya,” katanya.

Haiwan seks 45 hari




ARIN kini tenang setelah kembali ke pangkal jalan. - Gambar hiasan



ARIN, 27, (bukan nama sebenar) membuka kisah paling hitam dalam hidupnya yang selama ini menjadi rahsia peribadi paling dalam buatnya.Melihat penampilannya kini yang ayu bertudung tambahan pula mempunyai kerjaya di sektor awam, tiada siapa menyangka bahawa dia pernah menjadi pelacur kelas atasan.
Semua itu hanya untuk mencari wang mudah bagi menggantikan komputer riba pemberian ibu yang hilang di asrama."Bila difikirkan balik, saya tidak tahu bagaimana saya boleh terjebak dan melakukan perkara seperti itu. Kalau saya bercerita dengan individu yang mengenali saya, pasti mereka berkata saya merepek," ceritanya.
Ada benar apa yang dikatakan Arin. Melalui penampilannya, jelas keayuan dan keperibadian seorang wanita Melayu asli yang penuh dengan sopan dan santun.Menceritakan detik bermulanya kisah hitam dalam hidupnya itu, Arin memberitahu kejadian itu berlaku ketika dia berada pada tahun akhir pengajian di sebuah universiti tempatan.Walaupun berpenampilan sopan dan bertudung, pergaulan bebas menjadikan dia hanyut dalam kemanisan kehidupan remaja.
Aktiviti lewat malam menghiasi diari hari minggunya dengan mengunjungi kelab malam. Namun, dia memberitahu, dia bukanlah jenis gadis yang terlalu liar dan hanya mengunjungi kelab malam bersama teman-teman perempuannya yang lain.Arin bernekad untuk mencari wang bagi membeli komputer riba yang baru.Namun, mendapat wang sehingga RM3,000 bagi pelajar adalah sesutu yang sukar.Pelajar jurusan komunikasi itu akhirnya mendapat ilham setelah melihat seorang rakannya yang diulit kemewahan hasil pekerjaan sebagai gadis pengiring dan pegawai perkhidmatan pelanggan (GRO) di sebuah pusat karaoke mewah di ibu negara.
"Kawan saya itu sangat mewah. Dia jadi GRO ada gaji tetap. Tugas dia melayan tetamu yang datang ke pusat itu yang kebanyakannya warga asing."Jika ada pelanggan yang mahu membawanya bermalam di luar (kebiasaannya hotel) bayaran tambahan akan diberi kebiasaannya melebihi RM1,000 semalam. Bayangkan berapa pendapatan yang dia boleh dapat sebulan," ujarnya.


ARIN dianggap wanita eksotik yang memiliki wajah terpelajar yang sering mendapat tempahan daripada pelanggan eksekutif.




Oleh kerana terlalu terdesak untuk mendapatkan wang, Arin menawarkan diri untuk bekerja di situ secara separuh masa.Tidak dinafikan, perasaan takut mula menyelubungi pada hari pertama bekerja di situ. Selepas tiga hari, dia mendapat tempahan untuk dibawa bermalam.Pelanggan akan menjemput di hadapan pusat tersebut selepas selesai waktu bekerja dan akan menghantarnya semula selepas selesai.
Pengalaman pertamanya adalah dengan pelanggan dari Korea. Selepas selesai melakukan hubungan seks dan berehat seketika, dia dihantar semula ke pusat karaoke tersebut."Bila mula-mula dapat duit memang rasa seronok sangat tapi perasan sedih hanya tuhan sahaja yang tahu. Kita bersama dengan orang yang tidak dikenali dan mereka akan melayan kita seperti haiwan."Maklumlah, mereka membayar kita ribuan ringgit. Masa tu rasa diri ni hina sangat. Mereka kasar terutama pelanggan dari negara Timur Tengah. Mereka buat apa saja yang mereka suka," katanya.
Menurut Arin, bila melihat wang yang banyak dia tidak merungut. Walaupun duit yang diperlukan untuk membeli komputer riba sudah mencukupi, dia menjadi seperti gian mahukan jumlah yang lebih banyak.Wang tersebut digunakan untuk membeli pakaian, barang perhiasan dan juga bersukaria bersama teman-teman.Namun, apabila tamat peperiksaan akhir, Arin pulang ke pangkuan keluarga. Ketika itu dia terpaksa meninggalkan pekerjaan mewahnya itu.
Sejurus pulang ke rumah ibunya, Arin secara automatik berasa dirinya sangat kotor dan perasaan tersebut tidak pernah muncul dalam dirinya sepanjang 45 hari dia bergelumang sebagai pelacur kelas atasan."Pelacur kelas atasan?!... Bila fikirkan balik saya rasa nak menjerit sahaja. Tak sangka saya sanggup melakukannya," ujarnya lagi.

Ke mana hilangnya minyak masak?


KUALA LUMPUR 4 Jan. – Ke mana hilangnya bekalan minyak masak di negara ini? Itu persoalan yang bermain di fikiran rakyat apabila krisis bekalan bahan itu semakin menular ke seluruh negara.
Selepas Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Negeri Sembilan dan ibu negara, krisis bekalan minyak masak kini turut dialami oleh pengguna di Melaka, Pahang, Sarawak dan Pulau Pinang.
Utusan Malaysia difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada pembelian panik berikutan khabar angin harga minyak masak akan naik dalam tempoh terdekat ini.
Bagaimanapun, ramai pengguna pula mengesyaki masalah ketiadaan minyak masak di pasaran sebenarnya berpunca daripada pemborong atau peniaga menyorokkan bekalan untuk menaikkan harga.
Ini kerana, mereka dikatakan mahu mengambil kesempatan atas khabar angin mengatakan harga minyak akan dinaikkan.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kedai-kedai dan kebanyakan pasar raya di seluruh negara langsung tidak menjual minyak masak peket.
Sebaliknya, premis perniagaan tersebut cuma mempamer minyak jagung dan soya serta botol berjenama mahal.
Di Melaka, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri mengakui bekalan minyak masak di beberapa pasar raya dan kedai runcit di negeri itu berkurangan.
Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Abd. Hafidz A.Rahim berkata, walaupun berlaku kekurangan tetapi ia tidak dianggap serius memandangkan bekalan minyak masak daripada pemborong mencukupi.
Beliau menambah, selain faktor pembelian panik, satu faktor lagi yang menyebabkan bekalan menjadi kurang adalah kerana tindakan pihak industri membeli minyak masak yang sepatutnya dijual kepada pengguna secara pukal.
“Hasil pemantauan memang wujud kekurangan bekalan minyak masak kepada pengguna yang dijual di pasar raya dan kedai runcit tetapi ini bukan satu situasi yang serius.
“Apa yang berlaku berpunca daripada sikap panik pengguna gara-gara khabar angin mengatakan harga minyak masak akan naik tetapi hakikatnya itu tidak benar.
“Saya minta orang ramai di negeri ini tidak panik kerana bekalan minyak masak daripada pemborong adalah mencukupi. Kekurangan yang terdapat di pasar raya dan kedai runcit akan diatasi segera,” katanya.
Di Pahang pula, masalah bekalan minyak masak di negeri itu dijangka selesai berikutan para pembekal dan pemborong meningkatkan pengedaran mereka dalam minggu ini.
Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Mohd. A. Aruwan Ab. Aziz berkata, para pembekal dan pemborong sedang meningkatkan pengeluaran mereka bagi memastikan barangan keperluan itu kembali pulih di pasaran.
Menurutnya, masalah kekurangan itu berlaku disebabkan cuti selama tiga hari termasuk cuti umum menyebabkan para pembekal dan pemborong kurang beroperasi dalam tempoh tersebut.
“Namun terdapat sedikit pembelian panik apabila pengguna membeli lebih minyak masak terbabit menyebabkan ia habis awal di pasaran sejak beberapa hari lalu,” ujar beliau.
Menurut Mohd. A. Aruwan, jumlah keperluan minyak masak di negeri itu adalah 3,000 tan metrik sebulan yang mana pengilang dan pembekal akan melakukan pembungkusan sebelum dihantar ke pasar raya dan kedai runcit.
Dalam pada itu, masalah bekalan minyak masak turut melanda Sarawak dengan minyak masak dalam peket habis dijual sejak seminggu lalu manakala yang dijual dalam botol semakin berkurangan.
Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar bandar Kuching mendapati, keadaan itu menyebabkan para peniaga dan pengguna mengeluh kerana semakin sukar untuk mendapat bekalan.
Seorang penyelia pasar raya, Norkhairulnizam Ali, 29, berkata, pembekal telah mengurangkan bekalan minyak masak dalam peket sehingga separuh daripada jumlah asal sejak bulan lalu.
“Selalunya, kami dibekalkan 100 kotak seminggu yang mengandungi 17 peket minyak masak setiap satu sebelum dikurangkan kepada 50 kotak. Bermula minggu lepas, pembekal langsung tidak datang menyebabkan kami kehabisan bekalan,” katanya.
Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa kedai runcit di sekitar Bayan Baru, Bayan Lepas dan Gelugor di Pulau Pinang pula mendapati kesemua kedai tidak mempunyai bekalan minyak masak termasuk yang peket.
Jika ada pun cuma terdapat minyak masak berkualiti tinggi yang harganya jauh lebih mahal.
Peniaga di Pasar Bayan Baru, Akashia Ishak, 32, berkata, keadaan tersebut sudah dirasai sejak dua minggu lalu dan ia menyukarkannya untuk memenuhi keperluan pelanggan.
“Mereka datang mahukan minyak masak dan bila saya kata tiada, mereka marah-marah sebab sudah dua minggu keadaan ini berlaku. Saya risau kehilangan pelanggan dan keadaan ini memang menyusahkan,” katanya.

MASALAH BEKALAN KEPERLUAN TIAP-TIAP TAHUN CERITA YANG SERUPA....ENTAH LA....

Dinodai abang sendiri

SAYA tidak tahu bagaimana ingin menyelesaikan masalah ini. Saya pernah berzina dengan abang kandung saya. Ketika itu usia saya baru sembilan tahun.
Saya tidak tahu apa yang abang saya lakukan ke atas saya kerana pada usia itu saya belum memahami mengenai seks. 
Apabila berusia 12 tahun, baru saya tahu yang perbuatan itu salah dan berdosa besar.

Saya takut jika bakal suami tidak boleh menerima kenyataan yang saya tidak suci
lagi. Kini usia saya sudah 23 tahun dan bakal mendirikan rumah tangga. 
Perlukah saya memberitahu bakal suami mengenai keadaan saya sekarang? Saya selalu berdoa memohon dipertemukan jodoh dengan orang yang ikhlas menerima saya walaupun tidak suci lagi.                                                                                       

 NURIN
Selangor 


Kena kafan buang saka

PEKAN: Niatnya mahu membuang saka yang dipercayai berada dalam badan ibu, namun cara rawatan dikendalikan seorang pengamal perubatan tradisional tidak memuaskan hati keluarga itu apabila bertindak mengkafankan wanita warga emas itu seperti jenazah.
Dalam kejadian di Kampung Nenasi, dekat sini, Sabtu lalu, seorang ahli keluarga itu datang bersama pengamal perubatan terbabit yang dibawa dari Kuantan dengan tujuan membuang saka pada badan ibunya yang berusia 60 tahun.

Ketika proses rawatan, anak perempuan warga emas itu yang menyaksikannya terkedu apabila melihat ibunya dikafankan seperti jenazah menyebabkan wanita warga emas itu hampir lemas.
Melihat keadaan ibunya diperlakukan sedemikian, wanita terbabit kemudian mengarahkan pengamal perubatan tradisional itu berhenti melakukan upacara berkenaan kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini.

Difahamkan, pengamal perubatan tradisional berusia lingkungan 50-an itu terpaksa akur dengan permintaan anak perempuan mangsa yang meminta menghentikan upacara berkenaan.

Bagaimanapun, anak perempuan mangsa dan pengamal perubatan itu masing-masing membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Nenasi, dekat sini, kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini.
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintendan Yahaya Othman (gambar), ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

“Kedua-dua pihak terbabit membuat laporan polis berhubung kejadian itu kerana bimbang berlaku sesuatu perkara selepas upacara membuang saka pada badan wanita warga emas itu dihentikan.
“Bagaimanapun, polis tidak membuka kertas siasatan dan kes berkenaan dianggap selesai,” katanya.

Hamba nafsu penguat kuasa

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor mendakwa bukan saja menjadi hamba seks anggota penguat kuasa PBT berkenaan, malah diperlakukan seperti haiwan selama tiga tahun oleh tiga lelaki ‘durjana’ terbabit secara bergilir-gilir.
Suami mangsa yang mahu dikenali sebagai Mohd Hassan, 60, berkata dia tidak menyangka kelakuan isterinya yang kerap mengelak dan memberi alasan untuk pergi bekerja pada hujung minggu atau hari cuti berpunca daripada kejadian itu.

Katanya, perkara itu terbongkar apabila isterinya berhenti kerja dan pulang ke kampung halaman di Pasir Mas, Kelantan, dengan alasan mahu menjaga rumah ibunya yang menunaikan ibadat haji.
“Selepas setahun membisu dan sering didesak, baru dia membuka rahsia dengan menceritakan kejadian itu kepada saya dan ibunya. Isteri saya memberitahu, dia bukan sengaja mahu menyembunyikan perkara itu, tetapi perasaan bersalah kepada keluarga menghantui diri selain malu,” katanya ketika di temui di rumahnya, semalam.

Menyedari maruah isteri tergadai sedangkan lelaki ‘durjana’ terbabit masih bebas, Mohd Hassan menyarankan isterinya untuk membuat laporan polis supaya dirinya mendapat pembelaan sewajarnya.

“Sehingga kini, anak-anak kami tidak tahu kejadian yang menimpa ibunya, malah saya juga rasa bersalah kerana membiarkan dia bekerja dan tinggal di rumah seorang diri,” katanya yang menemani isterinya membuat laporan di Balai Polis Pasir Mas, Mac lalu.
Menceritakan kejadian itu, Mohd Hassan berkata, isterinya dirogol buat kali pertama di kawasan berhampiran rumahnya selepas menerima pelawaan seorang anggota terbabit yang mahu menghantarnya pulang.

“Sejak itu, isteri saya menurut kehendaknya kerana dia mengugut untuk mencederakan isteri saya atau dibuang kerja sekiranya keinginannya ditolak. Lebih menyeksakan apabila dia turut membuat ‘promosi’ kepada dua lagi rakan sejawatnya untuk turut melakukan perbuatan terkutuk itu.
“Tidak cukup memuaskan nafsu dalam kereta dan stor pejabat, isteri saya dirogol dan dipaksa memuaskan nafsu mereka di tangga serta tandas pejabat, malah ketiga-tiga lelaki itu pernah datang ke rumah kami dan membuat bising sehingga isteri saya menurut kehendaknya,” katanya.

2 WIRA DARI MALAYSIA (stadium Gelora Bung Karno,)

TABIK HORMAT .............

 Sungguh aku tak sangka dengan keberanian 2 orang anak muda ini..sanggup berada di tengah2 penyokong fanatik indonesia di piala SUZUKI...Jangan lupa tengok berita malam ini,de kisah tentang diaorang...


 Di celah2 ribuan penyokong fanatik indonesia,tiba2 de bendera malaysia berkibar dengan megahnye...wah...dahsyat sungguh anak muda ini...kagum teman di buatnye...Ini baru betul2 berani...ni berani merempit je...hehehe..Aku tengok anak muda ini kibarkan bendera jalur gemilang..naik bulu romaku....macam ade sesuatu semangat yang kuat hadir..tahniah pade mereka berdua...Aku rase dia orang patut di sanjung macam mana kite sambut pemain2 harimau malaya di piala suzuki..

 ANDA ADALAH SALAH SEORANG WIRA MALAYSIA YANG CUKUP PATRIOTIK

Peralat anak buat maksiat

TAHAN... antara pasangan yang ditangkap khalwat dalam operasi di hotel sekitar Kuala Lumpur, semalam.
TAHAN... antara pasangan yang ditangkap khalwat dalam operasi di hotel sekitar Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR: Tembelang seorang wanita memperalatkan anak kecilnya berusia dua tahun sebagai penyelamat untuk menutup perbuatan sumbang terbongkar apabila dia ditahan pihak berkuasa ketika melampiaskan nafsu bersama kekasih hatinya, seorang warga asing, dalam bilik hotel di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, di sini, semalam.
Dalam serbuan kira-kira jam 4 pagi itu, perbuatan maksiat wanita berusia 40-an itu terbongkar selepas dia dan teman lelakinya warga Bangladesh dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ketika menjalankan operasi cegah maksiat sempena sambutan tahun baru. 
Sumber berkata, pasangan terbabit menggunakan pelbagai alasan dan berkeras menafikan mereka berkhalwat dan mengaku berkahwin beberapa tahun lalu.

Katanya, wanita itu mendakwa mereka tidak melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang dan kepenatan selepas bersiar- siar di Dataran Merdeka.
“Pada mulanya wanita itu mendakwa bayi terbabit adalah hasil perkahwinan mereka kira-kira setahun lalu. Bagaimanapun, tembelang wanita terbabit pecah apabila mengaku baru mengenali lelaki itu beberapa jam sebelum tahun baru sebelum dibawa ke hotel berkenaan,” katanya.

Berikutan itu, Jawi mengeluarkan saman mengikut Seksyen 27 Akta 559 (a) (b) Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 kerana disyaki berkhalwat.
Dalam serbuan berasingan di hotel sama, dua remaja terkejut dan menangis teresak-esak selepas tergamam bilik ‘asmara’ mereka diserbu penguat kuasa.

Kedua-dua remaja, masing-masing berusia 18 dan 19 tahun, merayu dilepaskan dan mendakwa tidak berbuat apa-apa, sebaliknya hanya mendaftar di hotel untuk tidur selepas kepenatan menyambut tahun baru.
Difahamkan, mereka yang baru tiba dari Sabah ingin bermalam di hotel hanya sehari sebelum ke Johor untuk berjumpa ahli keluarga remaja wanita terbabit.
“Remaja itu mendakwa akan bertunang beberapa hari lagi, namun kita akan panggil ibu bapa mereka untuk soal siasat lanjut bagaimana mereka boleh sampai ke ibu kota,” katanya.

Mereka antara 20 orang membabitkan 11 pasangan kekasih berusia antara 18 hingga 40 tahun yang ditahan dalam operasi mencegah maksiat sempena sambutan tahun baru, membabitkan kira-kira 30 pegawai penguat kuasa Jawi.
Operasi bermula jam 12 tengah malam hingga 6 pagi semalam itu antara usaha berterusan Jawi bagi ‘membersihkan’ ibu kota daripada dicemari gejala maksiat, malah membendung budaya pembuangan bayi.

Kami diludah' PIALA SUZUKI

PENGURUS pasukan bola sepak Malaysia,  Datuk Subahan Kamal (kiri) dan jurulatih pasukan bola sepak Malaysia, K Rajagobal.
PENGURUS pasukan bola sepak Malaysia, Datuk Subahan Kamal (kiri) dan jurulatih pasukan bola sepak Malaysia, K Rajagobal.
Layanan buruk terhadap skuad Harimau Malaya bakar semangat

KUALA LUMPUR: "Kami diludah, dimaki hamun, digelar anjing, dipukul dan dibaling objek keras dan dilayan buruk tetapi itu sebenarnya yang membakar semangat pemain negara untuk menang dan mencipta sejarah negara," kata Datuk Subahan Kamal.
Pengurus pasukan bola sepak Malaysia itu berkata, pemain negara terpaksa diberikan motivasi berterusan setiap hari untuk menangani tekanan itu dan sentiasa diingatkan supaya berpegang pada prinsip 'biar muntah darah, kita akan bawa pulang piala ini'.
"Sepatutnya kita dapat peluang untuk latihan akhir di Stadium Gelora Bung Karno, tetapi dibatalkan atas alasan keselamatan"

K Rajagobal
Jurulatih pasukan bola sepak Malaysia
Ketika mendedahkan tekanan dan formula kejayaan negara merangkul Piala Suzuki AFF buat julung kalinya, Subahan berkata, semua tindakan provokasi itu sebenarnya ‘terkena ke muka sendiri’ pasukan lawan. 

“Banyak sejarah berlaku. Kita bawa pulang piala selepas 14 tahun, kita catat sejarah naik kereta perisai Baracuda ke stadium, umpama ke medan perang. Belum pernah dalam sejarah bola sepak dunia pasukan bola sepak naik kereta perisai.

“Bayangkan betapa panasnya berada di dalam Baracuda selama setengah jam sebab kenderaan perang tidak ada penghawa dingin. Itu semua dugaan yang menguatkan lagi semangat pemain untuk buktikan bahawa kita boleh menjadi juara walaupun menghadapi pelbagai tekanan,” katanya.
Tidak cukup dengan layanan teruk, Ketua Jurulatih, K Rajagobal sendiri diludah peminat Indonesia ketika keluar dari hotel penginapan bahkan, Subahan turut dipukul di kepalanya manakala pegawai perubatan dibaling objek keras ketika sesi latihan. 
Rajagobal sendiri mengakui terkejut apabila dimaklumkan pasukan negara akan menaiki Baracuda kerana cuma dimaklumkan beberapa minit sebelum berlepas ke stadium. 

“Saya langsung tidak menyangka sehingga ke tahap itu dan cuma dimaklumkan apabila turun ke lobi hotel dan berkumpul di sana. Kita anggap Baracuda itu macam burung Garuda. Saya sendiri tak pernah naik kereta perisai, ini pengalaman baru. 
“Mungkin masa kecil dulu ibu saya pernah belikan kereta perisai mainan, tetapi sekarang sudah ada peluang dan pengalaman sendiri bagaimana rasanya duduk di dalam Baracuda,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai tekanan ke atas pasukan negara, Subahan berkata, semua masalah itu bermula sebaik saja pasukan negara tiba di Jakarta apabila bas pasukan langsung tidak diiringi polis pengiring sepanjang perjalanan ke hotel. 
Situasi itu jauh berbeza ketika pasukan Garuda itu tiba di Malaysia di mana mereka diiringi polis dan menginap di hotel lima bintang di Seri Kembangan pada perlawanan akhir pertama di Bukit Jalil. 
“Sepatutnya kita dapat peluang untuk latihan akhir di stadium Gelora Bung Karno, tetapi dibatalkan atas alasan keselamatan. Mereka bawa ke tempat lain dan ketika dalam perjalanan, saya dimaklumkan tempat itu jauhnya dua jam perjalanan.

“Saya terus batalkan latihan di sana dan arah bas berpatah balik ke hotel dan kami buat latihan ringan di tepi kolam renang. 
“Itupun masih berisiko kerana kawalan keselamatan sangat teruk. Mereka biarkan penyokong Indonesia bebas keluar masuk hotel dan menghampiri tempat latihan,” katanya.
Apa yang paling menyentuh hatinya ialah kesungguhan, keikhlasan pemain untuk menaikkan nama negara melalui beberapa sesi dialog yang diadakan bertujuan memberi peluang kepada pemain meluahkan perasaan dan tekanan. 

Setiap kali sesi dialog, pemain akan diberikan motivasi berterusan supaya melupakan segala ancaman dan provokasi yang bertujuan melemahkan semangat pemain.
“Ada pemain yang menangis kerana kecewa kita kalah 1-5 dalam perlawanan pertama menentang Indonesia. Rasa kecewa itulah yang membakar semangat mereka, apatah lagi Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah juga hadir dalam sesi dialog bersama pemain.
“Sebenarnya kami yakin bergelar juara apabila menang ke atas juara bertahan Vietnam kerana itulah pencabar paling kuat. Indonesia tidak sekuat Vietnam, sebab itu kita yakin boleh menang. Cuma perlu ikut percaturan dan kuatkan mental pemain,” katanya. 

Secara peribadi, Subahan menganggap kemenangan 3-0 dalam perlawanan akhir pertama di Bukit Jalil pada 26 Disember lalu yang jatuh pada tarikh hari lahirnya sebagai hadiah paling berharga dan kenangan paling manis.
Katanya, ikatan persaudaraan berlandaskan semangat kekeluargaan Malaysia Boleh adalah antara faktor penentu kejayaan pasukan.
“Pemain datang dari pelbagai latar belakang berbeza, tetapi boleh hidup bersama. Itulah konsep 1Malaysia, mereka mencontohi bagaimana barisan jurulatih dibentuk dan bekerjasama berteraskan konsep satu keluarga. 

“Gabungan Rajagobal, Tan Cheng Hoe (penolong jurulatih) dan Mohd Faozi Mukhlas (jurulatih penjaga gol) itu melambangkan 1Malaysia. Ditambah pula sokongan padu Tengku Abdullah (Timbalan Presiden FAM) yang kerap datang ke tempat latihan dan hadir semua perlawanan hingga pada peringkat akhir,” katanya.