AES MALAYSIA

AES MALAYSIA

AES CAMERA MALAYSIA

JUMLAH AES DI MALAYSIA

Menantu tidak setaraf

TERTEKAN...Nurul buntu apabila dipaksa berpisah dengan suami.
TERTEKAN...Nurul buntu apabila dipaksa berpisah dengan suami.
JOHOR BAHRU: Umpama filem Tan Sri P Ramlee ‘Antara Dua Darjat’, seorang bapa didakwa cuba memisahkan perkahwinan anak perempuannya yang bergelar ustazah disebabkan enggan menerima menantu yang berkelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Lantaran tidak merestui perkahwinan itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Nurul mendakwa bapanya memaksa dia membuat laporan polis mengatakan suaminya memukau, memukul serta mengancam nyawanya.

Terbaru, kata Nurul, bapanya membuat permohonan kepada Jabatan Pelajaran supaya dia ditukar mengajar di sekolah lain ajar dia berjauhan dengan suaminya.
Menurut Nurul, dia berkawan dengan suaminya selama enam tahun sebelum mengambil keputusan kahwin lari di Thailand kerana keluarga terutama ayah tidak menerima calon pilihan hatinya sebagai menantu.
“Sejak itu saya dibuang keluarga apabila SMS dan panggilan telefon saya tidak dibalas. Masalah makin teruk apabila ayah mencampuri urusan rumah tangga dan mengadu perkara tidak elok kepada pengetua sekolah tempat saya mengajar.

“Saya ingatkan campur tangan pihak sekolah membantu meleraikan kekusutan itu, tetapi menjadi lebih teruk apabila ada kakitangan sekolah menjadi sebagai mata dan telinga melaporkan kepada keluarga mengenai tindak tanduk saya.
“Saya pernah dihalang daripada berjumpa suami selama sebulan dan ayah memaksa saya membaca nota mendakwa suami memukau, memukul dan mengancam keselamatan saya ketika berada di balai polis,” katanya.
Kata Nurul, bapanya menolak hasrat mereka berkahwin disebabkan perbezaan latar belakang pendidikan suami yang memiliki STPM sedangkan dia berkelulusan ijazah dari Universiti Al-Azhar, Mesir.


“Hubungan kami ditolak kerana saya anak sulung dan bapa berharap saya bertemu jodoh dengan pilihan hati mereka berbanding suami yang mempunyai STPM dan bekerja sendiri,” katanya.
Suaminya yang mahu dikenali sebagai Daim berkata, walaupun mendapat tentangan keras daripada bapa mentua, dia berusaha mencari jalan perdamaian, namun dibalas dengan cubaan memisahkannya dengan isteri.
“Bapa mentua pernah memfailkan perintah kami berpisah di mahkamah syariah berdasarkan laporan polis yang kononnya dibuat oleh isteri sebelum ini.

“Saya mengambil keputusan mendaftarkan perkahwinan secara sah di Mahkamah Tinggi Syariah Johor sebelum perintah mahkamah sama menyatakan perkahwinan kami sah pada 30 November 2010,” katanya.

“Saya dan keluarga sanggup datang ke rumah mentua tetapi kedatangan kami tidak disambut kerana mereka enggan membuka pintu rumah,” katanya.
Daim berkata, usaha memisahkan mereka tidak setakat itu saja apabila bapa mentuanya turut memohon pertukaran tempat mengajar isterinya ke sebuah sekolah di utara Semenanjung.
“Berbekalkan lima laporan polis berkenaan bapa mentua melakukan permohonan pemindahan isteri untuk bertugas di Pulau Pinang dan bertemu dengan pelbagai pihak mencapai hajatnya.

“Saya menghantar surat kepada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kementerian Pelajaran di Putrajaya serta permohonan secara on-line di laman web kementerian bagi membatalkan pertukaran terbabit.

“Namun, permohonan itu ditolak dengan surat mengarahkan isteri saya mendaftarkan diri di negeri itu pada 1 Januari 2011.
“Kini, kami buntu dan tidak tahu ke mana lagi tempat mengadu. Kami tertekan dengan masalah ini,” katanya.

ALAHAI...ANAK GADIS BELAJAR SAMPAI KE UNIVERSITI AZHAR...TAPI MAK BAPAK BANGANG NAK MAMPOS...
KELAYAKKAN YANG DIA ORANG CARI..LEH SELAMATKAN MAK BAPAK DIA ORANG DARI SEKSA KUBUR KE?

Dua beradik peluk kekasih

KUALA LUMPUR: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing.
Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian.

Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik.
Selepas dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman lelaki masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta merayu supaya dimaafkan, namun si ayah yang terlalu kecewa nekad melaporkan kejadian itu kepada polis.

Polis menahan kedua-dua lelaki terbabit sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, kekasih gadis terbabit yang ditahan polis ketika kejadian kini reman hingga 28 Disember ini bagi membantu siasatan.

BERANI SUNGGUH GADIS2 ZAMAN SEKARANG YE......TERLEBIH CANGGIH NIE.....

Keikhlasan sukarelawan menyentuh hati

BIARPUN sebahagian besar daripada 6,000 sukarelawan Sukan Asia XVI sukar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, itu bukan penghalang mereka memberi khidmat terbaik.
Mereka dilatih menghormati tetamu, justeru apabila kami meminta bantuan ia akan dilakukan dengan bersungguh-sungguh hingga segala urusan selesai. Itulah pengalaman yang penulis, semalam.
Ia bermula apabila kami bertanya kepada salah seorang sukarelawan bagaimana untuk mendapatkan restoran makanan halal berdekatan Kompleks Sukan Tianhe.
Kami cuma mahu bertanya arah, tetapi sukarelawan bernama Tracy, membawa kami kepada dua lagi rakannya yang kemudian turut membantu kami mencari kedai makan halal. Selepas hampir 40 minit, kami akhirnya berjumpa tempat yang ingin dituju.
Mereka turut membantu kami memesan makanan dan minuman, malah minta si tukang kedai mengira harga makanan lebih awal, untuk menggelakkan kami daripada ditipu. Kerana tersentuh dengan bantuan yang diberikan, kami mahu memberi wang sebagai tanda berterima kasih, tetapi sebaliknya penulis dipeluk oleh Tracy sambil berkata: “Tolong jangan buat saya begini, saya gembira dapat membantu...tolong jangan bagi saya duit.”

Tidak lagi merangkak

KUALA LUMPUR: “Sebelum ini, saya terpaksa merangkak dari satu tempat ke satu tempat di dalam rumah. Inilah kali pertama saya mendapat bantuan seperti ini sejak menderita sakit, tak sangka ada pihak yang prihatin dengan keadaan saya,” luah seorang warga emas, Sripah Rehan Syed Ahmad, 73.
Dia yang menderita penyakit darah tinggi, urat saraf dan kencing manis sejak 10 tahun lalu tinggal bersama anaknya di Pangsapuri 4E, Bandar Tun Razak, selepas kematian suaminya akibat sakit tua enam tahun lalu.

“Sejak ketiadaan suami, saya terpaksa bergantung kepada anak untuk bergerak, tetapi seboleh-bolehnya saya tidak mahu menyusahkan sesiapa kerana masing-masing perlu menguruskan hidup sendiri.
“Saya bersyukur kerana dengan adanya kerusi roda ini, saya dapat bergerak lebih mudah ke mana saja termasuk ketika mendapatkan rawatan bulanan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM),” katanya.

Menyedari keperitan hidup ibu kepada lima orang anak itu, Biro Kebajikan Umno Bahagian Bandar Tun Razak bersama Skuad Sayang Wanita menyumbang sebuah kerusi roda bagi memudahkan pergerakannya.

Bantuan disampaikan pengerusinya, Azami Mohamad bersama Pemangku Ketua Wanita Umno bahagian itu, Zaleha Najamuddin, baru-baru ini.

KORANG RASE NAPE PERKARA SEPERTI TERLEPAS PANDAND.SEDANGKAN DH LAME MENDERITA?MANE PI KETUA PANGSAPURI?MANE PI MEREKA YANG SENTIASA BEREBUT JAWATAN KETUA?X KIRA LA JAWATAN PE...
KADANG-KADANG MENGISI BORANG BANTUAN PUN BANYAK KERENAHNYE..KITE NK PERMUDAHKAN PADE MEREKA YANG SUSAH,TAPI KITE YANG TELAH MENYUSAHKAN ORANG YANG DAH SUSAH...

Denda lewat buka kedai

KUALA LUMPUR: Denda RM50 yang dikenakan pengurusan sekiranya lewat lima minit membuka atau menutup premis menimbulkan ketidakpuasan hati dan didakwa menyusahkan peniaga di Pasar Seni, di sini.
Peraturan denda yang dikenakan lebih setahun lalu itu membebankan kerana peniaga perlu membayar duit tambahan selain sewa bulanan sebanyak RM3,000.
Seorang peniaga, M Sumathi, 26, berkata peraturan itu tidak adil kerana kedainya selalu diambil tindakan hampir setiap bulan antara RM100 hingga RM200 bergantung kepada kelewatannya membuka gerai.
Katanya, sebagai peniaga tindakan itu menyusahkan berikutan kelewatan membuka gerai yang tidak disengajakan memandangkan jalan sesak pada waktu pagi.


“Lewat lima minit pun kena kompaun RM50 bayangkan sekiranya setiap hari denda itu dikenakan kepada kami.
“RM50 bukannya kecil bagi kami kerana pendapatan sebagai peniaga bukannya besar pun. Saya harap pihak berkenaan mengkaji semula peraturan ini bagi meringankan beban kami,” katanya ketika ditemui di kedainya di Pasar Seni, di sini.
Pengusaha kedai cermin mata, Wendy, 54, berkata kedainya juga pernah dikenakan denda disebabkan kelewatan membuka premis kerana jalan sesak.


Katanya, pihak pengurusan mengenakan peraturan ketat kerana mahu peniaga membuka kedai tepat pada waktunya tetapi ia memberi kesan buruk kepada peniaga.
Sewa kedai mahal ditambah denda dan jualan yang tidak memberangsangkan membebankan dan kami sangat berharap pengurusan bertimbang rasa,” katanya.
Peniaga cenderahati, Amirah Yahya, 30, berkata tindakan yang dikenakan pengurusan ada baik dan buruknya kerana ia boleh mendisiplinkan peniaga memandangkan tempat itu menjadi tumpuan pelancong asing.


Katanya, sekiranya peniaga tidak mahu dikenakan tindakan mereka perlu membuka kedai sebelum jam 10 pagi dan menutupnya selepas jam 9.30 malam.
“Ia juga boleh menjaga imej peniaga Malaysia kerana menepati masa dan gigih berusaha mencari rezeki,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Pasar Seni, Cheong Wai Mun berkata, peniaga sudah bersetuju dengan peraturan itu apabila mereka menandatangani perjanjian dan surat tawaran di pejabatnya.


“Mereka perlu mengikut peraturan ditetapkan bagi menjaga imej negara di mata pelancong selain membantu meningkatkan pendapatan.
“Kita membuat peraturan itu sama seperti pusat beli-belah lain kerana tidak mahu pelanggan menunggu peniaga yang lewat membuka kedai,” katanya ketika dihubungi.




Tatu kalimah Allah

SERBU...pegawai Jais menyerbu pengikut Syiah ketika mengikuti ceramah  yang disampaikan seorang lelaki warga Iran, kelmarin.
SERBU...pegawai Jais menyerbu pengikut Syiah ketika mengikuti ceramah yang disampaikan seorang lelaki warga Iran, kelmarin.
KUALA LUMPUR: Akibat terlalu taksub dengan fahaman diikutinya, seorang pengikut ajaran Syiah mengukir kalimah Allah di lengan tangannya sedangkan tindakannya menyimpang daripada ajaran Islam yang melarang sebarang bentuk ukiran berupa tatu.
Lelaki itu antara 128 yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam serbuan ke sebuah rumah kedai dua tingkat di Taman Sri Gombak, dekat sini, yang dipercayai menjadi kubu kuat pengikut ajaran Syiah di Selangor, malam kelmarin.
Serbuan pada jam 10.15 malam itu disertai sepasukan polis bersama penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan berlaku sedikit ketegangan apabila pengikut terbabit enggan bekerjasama.

Ketika penguat kuasa Jais hendak menahan pengikut lelaki yang bertatu itu, dia langsung tidak menunjukkan rasa bersalah, sebaliknya tegar mempertahankan fahaman dianutinya dengan menceritakan kegiatan dijalankan mereka.
Suasana bertambah tegang apabila seorang pengikut lain bangun dan melaungkan selawat sambil disambut pengikut lain selama beberapa minit.

Apabila diminta menunjukkan dokumen pengenalan diri, seorang pengikut terbabit memarahi penguat kuasa Jais menyebabkan berlaku pertikaman lidah.

Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang menyertai operasi itu berkata, pihaknya percaya ketika serbuan ratusan pengikut Syiah terbabit mengikuti ceramah khas yang disampaikan seorang lelaki warga Iran.

Menurutnya, ceramah itu diadakan bersempena tarikh 10 Muharam dalam kalendar Islam yang dianggap mulia oleh pengikut Syiah sebagai memperingati kematian Saidina Husain.

“Keseluruhannya, kami menahan kira-kira 200 orang, namun 72 daripada mereka bayi dan kanak-kanak. Jadi hanya 128 individu dewasa yang ditahan untuk diambil keterangan dan sebahagian besar daripada mereka lelaki.

“Jais sudah melakukan intipan selama dua tahun bagi mengumpul bukti mencukupi sebelum melakukan serbuan ini dan penahanan lebih 100 orang terbabit menjadikan ia tangkapan ajaran sesat terbesar di Selangor pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, Jais percaya daerah Gombak menjadi pusat utama penyebaran Syiah di Selangor sedangkan fahaman itu sudah diwartakan sebagai ajaran sesat di Selangor mengikut Seksyen 12 (C) 1995.

Menurutnya, fahaman Syiah lebih berbahaya daripada al-Arqam dan jika dibiarkan ia boleh mengancam keselamatan negara dan perlu dibendung.

“Bagi lelaki, tarikan seks dipercayai menjadi antara sebab utama mereka mudah mengikuti fahaman Syiah kerana fahaman ini menghalalkan nikah mutaah.

“Pengikut Syiah juga beranggapan membunuh Ahli Sunnah Wal Jamaah halal dan dibenarkan, malah menjadi satu jihad kepada mereka.

“Selain itu, mereka turut mendewa-dewakan Saidina Ali berbanding Nabi Muhammad s.a.w. Malah, ganjaran syurga menanti juga pengikut Syiah yang melawat makam Saidina Husain,” katanya.

Mohammed Khusrin berkata, lebih membimbangkan apabila pensyarah turut dikesan menjadi pengikut Syiah dan menyebarkannya kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di negara ini.

Berikutan serbuan malam kelmarin, dua lelaki termasuk seorang warga Iran dihadapkan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat di Kuang, Selangor, bagi mendapatkan perintah jaminan.

Hakim Syarie Saiful Azli Jamaludin membenarkan kedua-duanya dijamin RM2,000 setiap seorang dan pasport antarabangsa warga Iran itu diarah diserahkan kepada mahkamah sehingga kes itu selesai.

Pada prosiding semalam, tiada pertuduhan dibacakan terhadap mereka dan Saiful Azli menetapkan 20 Januari tahun depan untuk sebutan kes berkenaan.

Di luar mahkamah, lebih 20 lelaki dipercayai pengikut Syiah hadir untuk memberi sokongan kepada kedua-dua individu terbabit yang dipercayai pemimpin mereka.


Ciri kesalahan fahaman Syiah
  • Menghalalkan nikah mutaah

  • Menambah nama Saidina Ali dalam syahadah

  • Menolak ijmak ulamak

  • Menziarahi kubur Saidina Husain mendapat ganjaran syurga

  • Menyeksa tubuh badan dengan rantai sempena 10 Muharam

  • Mengharuskan jamak dalam semua keadaan tanpa sebab

  • Mengkafirkan sahabat Nabi Muhammad s.a.w

  • Menyanjungi Saidina Ali secara keterlaluan

  • Menghina isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w

  • Menolak hadis yang diriwayatkan Ahli Sunnah Wal Jamaah sekali pun hadis mutawir
  • video aksi panas 2 beradik gempar

    MEMALUKAN...aksi dua remaja dipercayai adik-beradik tersebar melalui telefon bimbit.
    MEMALUKAN...aksi dua remaja dipercayai adik-beradik tersebar melalui telefon bimbit.
    BUTTERWORTH: Penyebaran rakaman aksi seks sepasang kanak-kanak yang didakwa adik-beradik melalui telefon bimbit menggemparkan penduduk sekitar bandar ini serta mencetuskan kebimbangan mengenai semakin parah keruntuhan moral masyarakat negara ini.
    Ini kerana usia pasangan terbabit masih terlalu muda. Budak lelaki terbabit dipercayai berusia antara 11 dan 12 tahun manakala pasangan perempuan antara 13 dan 14 tahun. 
    Aksi berahi mereka dirakam dari pelbagai sudut dipercayai dalam bilik hotel atau motel oleh pihak ketiga berdasarkan katil dan keadaan sekitar.

    Kakitangan swasta dikenali sebagai Azman, 25, yang memperoleh video itu melalui bluetooth daripada rakannya, berkata dia terkejut sebaik melihat aksi pasangan terbabit kerana mereka terlalu muda dan dipercayai masih bersekolah.

    “Budak lelaki itu seperti murid tahun lima atau enam manakala remaja perempuan mungkin dalam tingkatan satu atau dua. Kemungkinan mereka adik-beradik kerana fizikal remaja lelaki lebih kecil berbanding pasangannya.
    “Saya menggeleng kepala sebaik melihat aksi mereka yang tidak ubah seperti orang dewasa. Bayangkan apa akan jadi kepada mereka pada masa depan dan bagaimana penerimaan ibu bapa mereka jika mengetahui perkara ini,” katanya, semalam.

    Menurutnya, tindakan pasangan kanak-kanak itu menggambarkan keadaan moral
    masyarakat yang semakin merosot dan keadaan ini yang menyumbang
     peningkatan kes pembuangan bayi hasil hubungan luar nikah.

    “Jika murid sekolah rendah sudah pandai beraksi lucah dan dirakam pihak lain,
    bagaimana orang dewasa.

    “Apa akan jadi kepada moral masyarakat beberapa tahun akan datang jika gejala
     penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit semakin berleluasa,” katanya.

    Justeru, dia berharap pihak berkuasa segera melakukan sesuatu sebelum gejala
     penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit menjadi ‘wabak’ yang sukar dikawal.
    Kongsi artikel ini menerusi media sosial

    HINAKAH AKU?

    Asalamualaikum dan salam sejahtera...

     Pada hr ni..teman nk berbicara pasal rupa bentuk,keadaan diri dan seangkatan dengannye.Kt dunia alam semesta ini de mcm2 jenis orng..de yg cantik,hensem,cacat.berlagak cantik,dan mcm2 lg.Tapi kite sering memandang mereka yng kurang sempurna @ cacat anggota di suatu sudut yng brbeza..

     Aku bkn ape..korang perasan x,de sesetengah orng,bile de orng yng cacat di muka @ di mana2 anggota bdn,kite memandang dia orng tanpa kelip2.Apa perasaan orng yng di pandang?walaupun kite x brniat nk meghina dia orng,tp care kite memandang telah mmbuat dia orng terasa trhina,malu dan rendah diri.Cube2 lah kite renung2kan ye............Pade mak bapak yg rase diri 2 cerdik,prhati2 la ank korang,budak2 ni x faham,tergerak dia nk kutuk,dia orng kutuk,name pun budak,tp mak bapak kene le main peranan.Sampai ade 1 kisah budak,sampai malu nk pi skolah,kesnye...kwn2 mengutuk..adushhhh.kecian adk kite ni x pi skolah.Kalu nk tegur ank2,,tegur care orng kene tegur,bg tau ape prasaan orng di tegur,pe dosa kalu kite kutuk dia orng ni...Pade diri kite,kalu memandang mereka yg cacat @ rendah diri ini,kalu leh sesangat jgn lah kite memandang dgn care yng salah.Padang sekadar pandang je..Kalu berkemampuan,tlong bantu..

     Mata x leh berkata2,tp mata leh memberi isyarat yng berbeza2,.Kecian aku tgk orng yng cacat anggota bdn,bile kite memandang dia orng tanpa henti2..kite x merase ape yng dia orng rase..sebad 2 kite susah nk memahami.Ambk mase,cube rungkai prasaan dia orng,bkn senang dia orng nk brhadapan situasi begini.Kadang2 mereka malu nk kuar,sampai nk berkawan pun segan,korang x simpati ke?.Walaupun kite anggap prkare ni remeh,bg dia orng besar dlm hidup dia orng.Prjalanan dia orng pasti sukar,kalu kite masih brpandangan dgn cara yng salah...TLONG la ajar ank2 korang ye.....kecian pade adk2 yng kurang upaya @ cacat ni..........kalu dh x pi skolah..pe yng dia akan buat bile dh besar.????.Korang kalu kene kutuk ngan mmber2 pun leh marah kan....inikan pulak mereka2 ni....?Bagi mereka ruang tuk merase diri dia orng d terima.Brsentiasa memandang dng care yng baik..

    LAMBANG @ CORAK PADE BAJU

    KEBELAKANGAN ini banyak pakaian meletakkan corak atau logo yang bertentangan dengan agama. Malah baru-baru ini saya memakai baju T yang saya sangkakan tidak mempunyai unsur yang meragukan, namun selepas diamati, ada lambang salib pada baju berkenaan.

    Apakah hukum memakai pakaian itu walaupun tidak menyedari ada lambang salib di baju itu? Adakah pakaian itu patut dibuang???????

    Tidak dapat dinafikan adanya agenda pihak tertentu menghina Islam dengan meletakkan kalimah suci Islam pada tempat yang tidak sepatutnya.

    Pada masa sama, mereka melebarkan seruan agama mereka dengan meletakkan corak agama yang tidak sepatutnya dipakai orang Islam.

    Kita sewajarnya lebih berhati-hati dalam pakaian, makanan dan peralatan. Dalam hal ini, jika jelas ada corak salib, haram memakainya.

    JALAN BERLUBANG???

                          SALAM WARGA  JALAN RAYA .... =)  


     Kali ni teman nk cite pasal jalan berlubang...korang rase cantik ke jalan berlubang...Dah tentu x cantik..kalu gigi berlubang pun dh x selesa..hahaahah.kadang2 aku pelik gak....hari ni di tampal,!x sampai sebulan dh de kesan2 nk berlubang semula..Tempat yng same di tampal lak tu......adush.poning pale pakcik den...

     Korang rase..dari sudut mane yng x brkualiti..,bahan2 yng di guna tuk wat jalan ke,mesin2 ke @ orng2 nye....Kalu cite pasal kualiti,semuanye kate ikut piawai...semuanye ade....ISO,SIRIM ntah pe2 lg.Bile korang wat jalan x brkualiti...Berkemungkinan akan berlaku kemalangan..Kalu de yng mati...nk salah kan sape.?

     Kerajaan dh saran kan,guna kuasa rakyat,kuasa penguna,kuasa pembeli,sampai aku dh x kuasa lg.........Kite akan bersuara,bila yng jdk mangsa jalan berlubang adalah sedaramara kite.....Kite kene lah lebih perihatin.Baru la diaorng akan lebih bertangungjawap....Sampai aku dh x trtangung nk melihat jalan yng brlubang akan brlubang dan berlubang di tmpt yng same....Korang fikir2 la ye.....

     Kadang2 de gak kenderaan berat bw muatan lebihan dari sepatutnye....bis jalan2 rosak....Pas 2 bile masuk kawasan perumahan,kawasan kampung di bantainye bw laju,dh la laju,lebih muatan lak...adush...bile wat aduan...lmbt wat tindakan...jiwa kacau.....Jangan la kite membanzir wang ringgit wat koje brulang2.......kan bagus kalu duit yng d wat koje tampal menampal yng brulang2 kali di tmpt same, di gunakan tuk membantu rakyat yng susah.....ntah la labu.......................

    SAPE YANG HERO ? BANJIR OH BANJIR

                  ASALAMMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA

      Kedah dan Perlis mengalami banjir yang teruk....harap2 bantuan cepat di salurkan pada mangsa2 banjir.Teman harap, Semoga mangsa2 banjir dapat bersabar.Setiap kejadian yang menimpa ade rahsia yang hendak di sampaikan.Mesti ramai yang ingin jadi hero dalam kes banjir kali ini. Kepada yang ingin menunjuk diri masing2 jaguh dalam masalah banjir di sane..Harap lupa kan lah ye.Bukannya ape, mangsa banjir masih dalam trauma,sedih dgn kehilangan harta benda dan kematian akibat banjir.Korang lak nak berlumba2 nk tunjuk hero.Kalu rase mampu tolong,jangan la nak tunjuk diri tu glamer dalam masalah banjir..adushh...Nak membantu,wat cara membantu,Aku harap rakyat malaysia dapat la membantu mangsa banjir di sane..Kalu kite leh bantu orang luar..x kan kite x leh bantu rakyat kite sendiri?.Ape yang aku dok perhati,kalu mangsa orang luar, macam2 tabung yang di wat...Ibarat pepatah melayu, kera di hutan di susukan,anak sendiri kelaparan...alahai.....aduhai....
    TENGGELAM...laluan di Kilometer 4 dan 5 Jalan Langgar, Alor Setar yang tidak pernah ditenggelami air dinaiki air sehingga 0.5 meter, semalam.
      Same2 la kite berdoa,semoga mangsa banjir di beri kekuatan untuk menempuh dugaan yang mendatang. Ada hikmah setiap kejadian yang berlaku.Same2 lak kite ambik ikhtibar dengan kejadian yang telah berlaku.Ketika ini lah kite akan dapat lihat,Sekaya mane mana pun kite,sehebat mane pun kite,bile musibah datang menimpa,segalanya akan lenyap begitu saje.
    Aku harap sangat korang dapat bersabar.Janganlah dikau berdukacita,kemungkinan akan datang perkhabaran gembira.

      Aku nak cite pasal sukarelawan..korang rase sukarelawan ni lebih ramai kat kawasan yang di landa bencana @ di kawasan pilihanraya kecil? Dari pengamatan aku...aku rase kt kawasan pilihanraya lebih ramai...sampai jalan pun leh jem di watnye...entah lah labu........Apa kate,kite guna khimat mereka yang menjadi sukarelawan di pilihanraya untuk membantu mangsa2 banjir.Korang rase,dia orang sudi x?kalu sudi katekan sudi,tidak la hamba ternanti2..heehehe.
    Setahu aku...sukarelawan2 pilihanraya semuanye kuat2 belaka....ye la...dia orang sanggup berjaga sampai ke pagi..berkawal di markas masing2.......Tapi aku tau..masih de golongan dia orang yang perihatin..mungkin yang perihatin ni dah pun sampai ke tempat bencana..syabas,syabas,syabas..orang2 cam ni la yang harus di sanjung....sedia berkhimat..

    JANGANLAH DIKAU BERDUKACITA
    KERNA AKAN DATANG NANTI PERKHABARAN GEMBIRA

    CIKGU ? PATUT @ TAK PATUT

    Korang rase,patut tak cikgu wanita di kurang kan...Kadang2 aku fikir patut...kadang2 aku fikir tak patut lak...hehehe.Cume % patut di kurangkan lagi tinggi..jangan marah ye cikgu2 pompuan.
    Aku bukan apa...dalam situasi tertentu,cikgu laki amat di perlukan....Sebad apa yang telah aku tropong dan tilik..anak2 murid zaman la ni dh semakin maju..apa yg maju pun aku tak faham dia orang...Anak2 murid la ni terlalu kerap kali melanggar lampu isyarat...ops silap....melanggar displin sekolah..sakit jiwa teman dok perhati masalah ni.

    Kadang2 aku kesian kat cikgu pompuan...lebih2 lagi cikgu yang dah berumah bertangga..Beban di rumah lagi..beban di sekolah lagi...beban koje aku rase dia orng mampu laksanakan.Tapi beban yang di bawa oleh anak2 murid ni memang setiase maju kehadapan...Kalu dulu bertumbuk guna buku lima..la ni semua berbuku dah bis di guna...kayu,besi....yang paling di risau...senjata tajam..Bile dah tertusuk ke badan lawan..pandai lak takut..nangis tersedu-sedu...adush....

    Sebad tu aku cadang kan lebih kan cikgu laki...kalu leh cikgu yang garang sikit...bukan garang tuk menhancurkan..garang tuk mengajar supaya murid2 tak kurang ajar...Mak bapak pun 1 hal....asyik bela anak2 je...sampai tak terbela cikgu kat sekolah...Mak bapak tak nampak ke..dia orang pun pernah sekolah...pernah gak wat nakal..cube2 la perhati...Jangan sampai anak cukup pandai..tapi pandai yang tak leh di ajar..Aku harap sangat di mase datang nanti,di tambah cikgu laki yang berkualiti...

    Bukan aku nak menidakkan kebolehan cikgu wanita..tapi aku kesian kt cigku wanita....Murid2 dah semakin kurang ajar...tekanan cikgu semakin bertambah...kalu nasi tambah tak pe la..heheehe........Yang penting,mak bapak mesti perihatin..pantau aktiviti anak2 di luar.Sekali sekala,cube pi terjah kat sekolah...skodeng anak2 korang,pe yang dia orang wat kat dalam kelas....Cube la bagi cikgu2 ni kesenangan tuk mengajar..baru la nanti anak2 murid semakin berjaya....adush........

    DUA TIGA KUCING BERLARI
    ANAK2 MURID CABUT LARI

    KEPERCAYAAN

    Askum...hr ni bos aku dh poning...orng yg di beri kepercayaan tuk mnguruskan projek river safari,dah cube main belakang..kira2nye macam kes liwat..hahahaha.Kes berat yg cube di tambah kan lg beban.Kite nk majukan tempat dia orang..tp dia orang gak yang cube nak menhancurkan...adush...apa da............bikin hati panas je.......

    Kadang2 aku hairan bin ajaib?,nape dia orng x sunguh2 nk maju kan tempat sendiri.Nak keuntungan yang cepat,tapi sekejap je...Kalu leh biaq la keuntungan tu dalam jangka waktu yang panjang.Nie...mau untung yang sekejap je...apa da.....jalan da.....bikin hati panas je....Korang de ke idea macam mana nak ajar ini orang.Supaya lebih faham,apa itu maksud tolong menolong..
    Asyik kite je tolong dia orang...Dia orang bile lak mau tolong sama kita...????

    Kite bersemangat nak membantu....Dia orang lak semangat mau tikam belakang...alahai...sudah bilang..,jangan main belakang,jangan pandang belakang,tapi mau lagi bikin belakang...hahahaaha.
    Korang doa la semoga usaha kita nak majukan penduduk kg akan berjaya dan terbilang,,aik,dah macam ahli politik lak aku..heehe

    ADA UBI ADA BATAS
    ADA HARI BOLEH KU BALAS