AES MALAYSIA

AES MALAYSIA

AES CAMERA MALAYSIA

JUMLAH AES DI MALAYSIA

Najib terima kunjungan Dr Surapong

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima kunjungan hormat Menteri Luar Thai, Dr Surapong Tovichakchaikul di pejabatnya di bangunan Perdana Putra di sini.
Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Setiausaha tetap Kementerian Hal Ehwal Luar Thai Sihasak Phuangketkeow, Duta Besar Thailand ke Malaysia, Krit Kraichitti dan Menteri Kedutaan dan Kuasa Usaha Kedutaan Thai di Kuala Lumpur Songsak Saicheua.

Dr Surapong berada di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari.
Lawatan itu memberi peluang kepada kedua-dua pihak membincangkan usaha berterusan dan inisiatif baru bagi mengukuhkan lagi hubungan baik sedia terjalin serta kerjasama di antara kedua-dua negara berjiran itu. Kelmarin, Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, Malaysia dan Thailand sudahpun mempunyai beberapa mekanisme kerjasama dua hala peringkat tertinggi seperti Perundingan Tahunan Pemimpin, Suruhanjaya Bersama bagi Kerjasama Dua Hala, Jawatankuasa bagi Strategi Pembangunan Bersama bagi kawasan Sempadan, Jawatankuasa Am Sempadan dan Jawatankuasa Bersama Perdagangan.

Kedua-dua negara sedang meningkatkan usaha bagi memantapkan lagi kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pelaburan, keselamatan, pendidikan serta latihan vokasional, belia dan sukan, pelancongan, kesalinghubungan serta pembangunan sosio ekonomi di kawasan sempadan. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan