AES MALAYSIA

AES MALAYSIA

AES CAMERA MALAYSIA

JUMLAH AES DI MALAYSIA

A Aida perlu masa teliti syor cerai secara baik

KUALA LUMPUR: Penerbit dan dramatis, A Aida memerlukan masa meneliti cadangan penyelesaian secara baik yang dikemukakan suaminya Deputi Superintendan Suffian Sulaiman berhubung permohonan cerai yang difailkannya minggu lalu.
A Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 41, (plaintif) berkata, Suffian (defendan) menyerahkan cadangan itu kelmarin dan dia memerlukan masa untuk membuat penilaian dan menyediakan draf penyelesaian perceraian seperti yang ditawarkan defendan. Justeru, penerbit drama bersiri kontroversi, Halimah Jongang yang diwakili peguam syarie Zulkifli Che Yong itu memohon penangguhan kes berkenaan pada tarikh akan datang.

Terdahulu, permohonan itu didengar di hadapan Hakim Syarie Ahmad Basyir Yaakub di dalam kamarnya semalam dan menetapkan 18 Oktober ini untuk keputusan plaintif berhubung penyelesaian itu. Sementara itu ketika ditemui media di luar mahkamah, Aida menjelaskan sekiranya pada tarikh akan datang terdapat persetujuan dicapai antara kedua-dua pihak maka ia direkodkan pada tarikh itu dan boleh diteruskan dengan cerai secara baik. “Namun sebaliknya jika tiada persetujuan dicapai, saya memohon membatalkan permohonan kebenaran cerai secara baik mengikut Seksyen 47 dan memfailkan permohonan baru iaitu untuk membubarkan perkahwinan secara fasakh mengikut Seksyen 52,” katanya. Bagaimanapun pada prosiding semalam Suffian, 44, yang bertugas sebagai Ketua Unit Perhubungan Korporat, Jabatan Logistik, Bukit Aman tidak hadir ke mahkamah. Aida memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 pada 27 September lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Syariah di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan