AES MALAYSIA

AES MALAYSIA

AES CAMERA MALAYSIA

JUMLAH AES DI MALAYSIA

River Cruise tarikan baru PD

River Cruise tarikan baru PD


LINGGI – Aktiviti menyusuri Sungai Linggi mampu mempelbagaikan lagi produk pelancongan di daerah pelancongan ini. 

Timbalan Pengarah Tourism, Datuk Amiruddin Abu berkata, Port Dickson yang terkenal dengan pantainya pasti akan lebih digemari pengunjung apabila mempunyai pelbagai lagi produk semula jadi yang boleh mereka lawati sepanjang percutian mereka ke sini. 

Menurutnya, ini boleh dijadikan produk sampingan kepada pengunjung yang datang ke Port Dickson selain tertumpu kepada pantai. 
“Hanya dengan menyusuri Sungai Linggi, banyak fenomena alam dan habitat semula jadi yang boleh dilihat yang tiada di tempat lain kerana ia masih terpelihara. 

“Sungai Linggi ini juga menjadi habitat buaya dan destinasi persinggahan pelbagai jenis burung serta terdapat satu deret pokok yang dijadikan rumah sang bangau untuk bermalam,” katanya kepada Sinar Harian selepas program menyusuri Sungai Linggi, di sini. 
Difahamkan, program itu turut disertai rombongan daripada Tourism Malaysia. 
Amiruddin berkata, aktiviti atau produk menyusuri Sungai Linggi ini boleh dikategorikan sebagai produk soft advanture. 

Menurutnya, lokasi bagi menyusuri Sungai Linggi ini tidak jauh daripada pantai Port Dickson dan kemudahan asas seperti tempat makan disediakan. 
“Secara tidak langsung, aktiviti ini memberi pengalaman baru kepada pengunjung menyelami suasana sungai dengan dikelilingi pokok bakau yang masih terpelihara dan boleh menyaksikan sendiri kegiatan nelayan tradisional,” katanya. 

Amiruddin berkata, pihak agen juga perlu berusaha memberikan perkhidmatan terbaik dan bekerja keras dalam mempromosikan produk menyusuri Sungai Linggi ini atau River Cruise agar dapat menarik pengunjung dan mereka maklum tentang kewujudan produk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan