AES MALAYSIA

AES MALAYSIA

AES CAMERA MALAYSIA

JUMLAH AES DI MALAYSIA

Perkosa anak saudara

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki sanggup merogol anak saudaranya yang menumpang sementara di rumahnya di Taman Datuk Senu, di sini, pagi semalam selepas membawa gadis itu dari kampung untuk satu sesi temu duga.
Difahamkan, bapa mangsa yang juga abang kepada suspek meminta pertolongannya untuk menumpangkan anak perempuannya itu yang berusia 19 tahun sepanjang menjalani temu duga kerja itu.Sebaik tiba di rumah suspek, mangsa yang keletihan tidur dalam satu bilik.


Menurut sumber, ketika tidur mangsa dikejutkan dengan kehadiran suspek yang berusia lingkungan 30-an itu.
“Difahamkan, lelaki terbabit mempunyai kunci pendua bilik berkenaan yang membolehkan masuk itu walaupun dikunci dari dalam.

“Suspek cuba menanggalkan pakaian mangsa,” katanya.



Sumber berkata, tersentak dengan tindakan itu, mangsa cuba mempertahankan kehormatannya sebelum berlaku pergelutan antara mereka lebih 10 minit “Ketika itu, mangsa hanya mampu merayu, namun rayuannya tidak diendahkan suspek sebaliknya lelaki itu menjadi lebih agresif.

“Mangsa yang dipukul kemudian dirogol. Selepas 10 minit kemudian, suspek sekali lagi mahu merogol mangsa.

“Bagaimanapun, mangsa mendakwa mengalami pendarahan pada bahagian kemaluannya menyebabkan suspek membatalkan niatnya itu,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang berjaya meloloskan diri dari rumah suspek meminta bantuan seorang jiran untuk menghubungi ahli keluarganya di kampung.

“Seorang lagi bapa saudaranya berusia lewat 30-an yang dimaklumkan mengenai kejadian itu bergegas mengambil mangsa di rumah suspek sebelum membawanya ke Balai Polis Sentul untuk membuat laporan berhubung kejadian itu,” katanya.

Difahamkan, mangsa masih trauma dengan insiden itu dilaporkan sedang berlindung di rumah ibu saudaranya dan dikatakan akan pulang ke kampung selepas siasatan selesai dilakukan pihak berkuasa.

Suspek ditahan di rumahnya kira-kira jam 1 tengah hari, hari yang sama selepas polis menerima laporan kejadian itu.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu, namun enggan mengulas lanjut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan