AES MALAYSIA

AES MALAYSIA

AES CAMERA MALAYSIA

JUMLAH AES DI MALAYSIA

Tidak lagi merangkak

KUALA LUMPUR: “Sebelum ini, saya terpaksa merangkak dari satu tempat ke satu tempat di dalam rumah. Inilah kali pertama saya mendapat bantuan seperti ini sejak menderita sakit, tak sangka ada pihak yang prihatin dengan keadaan saya,” luah seorang warga emas, Sripah Rehan Syed Ahmad, 73.
Dia yang menderita penyakit darah tinggi, urat saraf dan kencing manis sejak 10 tahun lalu tinggal bersama anaknya di Pangsapuri 4E, Bandar Tun Razak, selepas kematian suaminya akibat sakit tua enam tahun lalu.

“Sejak ketiadaan suami, saya terpaksa bergantung kepada anak untuk bergerak, tetapi seboleh-bolehnya saya tidak mahu menyusahkan sesiapa kerana masing-masing perlu menguruskan hidup sendiri.
“Saya bersyukur kerana dengan adanya kerusi roda ini, saya dapat bergerak lebih mudah ke mana saja termasuk ketika mendapatkan rawatan bulanan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM),” katanya.

Menyedari keperitan hidup ibu kepada lima orang anak itu, Biro Kebajikan Umno Bahagian Bandar Tun Razak bersama Skuad Sayang Wanita menyumbang sebuah kerusi roda bagi memudahkan pergerakannya.

Bantuan disampaikan pengerusinya, Azami Mohamad bersama Pemangku Ketua Wanita Umno bahagian itu, Zaleha Najamuddin, baru-baru ini.

KORANG RASE NAPE PERKARA SEPERTI TERLEPAS PANDAND.SEDANGKAN DH LAME MENDERITA?MANE PI KETUA PANGSAPURI?MANE PI MEREKA YANG SENTIASA BEREBUT JAWATAN KETUA?X KIRA LA JAWATAN PE...
KADANG-KADANG MENGISI BORANG BANTUAN PUN BANYAK KERENAHNYE..KITE NK PERMUDAHKAN PADE MEREKA YANG SUSAH,TAPI KITE YANG TELAH MENYUSAHKAN ORANG YANG DAH SUSAH...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan