AES MALAYSIA

AES MALAYSIA

AES CAMERA MALAYSIA

JUMLAH AES DI MALAYSIA

Keikhlasan sukarelawan menyentuh hati

BIARPUN sebahagian besar daripada 6,000 sukarelawan Sukan Asia XVI sukar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, itu bukan penghalang mereka memberi khidmat terbaik.
Mereka dilatih menghormati tetamu, justeru apabila kami meminta bantuan ia akan dilakukan dengan bersungguh-sungguh hingga segala urusan selesai. Itulah pengalaman yang penulis, semalam.
Ia bermula apabila kami bertanya kepada salah seorang sukarelawan bagaimana untuk mendapatkan restoran makanan halal berdekatan Kompleks Sukan Tianhe.
Kami cuma mahu bertanya arah, tetapi sukarelawan bernama Tracy, membawa kami kepada dua lagi rakannya yang kemudian turut membantu kami mencari kedai makan halal. Selepas hampir 40 minit, kami akhirnya berjumpa tempat yang ingin dituju.
Mereka turut membantu kami memesan makanan dan minuman, malah minta si tukang kedai mengira harga makanan lebih awal, untuk menggelakkan kami daripada ditipu. Kerana tersentuh dengan bantuan yang diberikan, kami mahu memberi wang sebagai tanda berterima kasih, tetapi sebaliknya penulis dipeluk oleh Tracy sambil berkata: “Tolong jangan buat saya begini, saya gembira dapat membantu...tolong jangan bagi saya duit.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan