- Dianggarkan RM108 bilion yang sepatutnya menjadi
pendapatan negara setiap tahun lesap manakala lebih RM10 bilion lagi
dipindahkan secara haram ke luar negara.
Kerugian itu dikesan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) ke atas kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa
melibatkan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di seluruh
negara.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, angka
kerugian itu dianggarkan akibat aktiviti pemindahan wang secara haram
melalui beberapa cara termasuk taksiran kurang, transaksi tanpa rekod
serta penyeludupan wang.
"Akibat tindakan 'tangan-tangan kotor' ini, negara mengalami kerugian
apabila hasil pendapatan lesap manakala wang rasuah yang diperolehi
mereka dipindahkan secara haram ke luar negara.
"Berikutan itu, SPRM mengadakan 'Operasi 3b' iaitu sasaran kita
mengembalikan semula RM3 bilion hasil pendapatan negara yang lesap,"
katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Mustafar berkata, hasil operasi itu, sebanyak 62 orang pegawai JKDM
telah ditahan dan sejumlah RM602 juta wang dibekukan, selain RM382 juta
disita manakala RM31.2 juta dilucut hak harta.
"Kita siasat semua kes dan tangkapan ini di bawah Akta Pencegahan
Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganas 2001 dan kes-kes yang
telah dibawa ke mahkamah melibatkan wang berjumlah RM1.2 bilion,"
katanya.
SEPATUTNYA DUIT TU D GUNA UNTUK RAKYAT...TAPI DIAORANG DAH SAPU UNTUK KRONI2 DEPA,TAK GUNA PUNYER ORANG...BIKIN SUSAH AJE.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan